OURSHOP lancar kempen e-dagang “Shop Sama Kamek” di Sabah dan Sarawak
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2020 - Berikutan kejayaan kempen Save Our Shops (S.O.S) pada bulan April 2020, cabang logistik AirAsia, Teleport melancarkan kempen e-dagang baharu iaitu “Shop Sama Kamek.” Kempen ini dianjurkan selari dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) oleh kerajaan dan Kempen E-dagang Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang dilancarkan pada bulan Jun oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Kempen baharu ini adalah khusus untuk menyokong lebih banyak peniaga di Sabah dan Sarawak yang menjual produk makanan untuk dipasarkan dalam talian di platform e-dagang OURSHOP pada bulan September.
Dengan pelancaran kempen “Shop Sama Kamek” ini, OURSHOP dijangka akan menarik sejumlah 300 peniaga yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana di Sabah dan Sarawak yang menawarkan produk makanan segar, sejuk beku dan siap dibungkus.
“Sebagai insentif untuk kempen ini yang juga bertujuan untuk menghidupkan kembali ekonomi tempatan, pihak kerajaan telah meluluskan geran kepada kami bagi penghantaran merentas sempadan, pemasaran dan latihan kepada para peniaga. Usaha ini juga membolehkan kami menyediakan sumber dan keperluan yang diperlukan untuk menyokong pedagang di Sabah dan Sarawak untuk sedia beralih ke platform e-dagang,” kata Pete Chareonwongsak, CEO Teleport.
Beliau juga berkata, “Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja akan mempromosikan produk oleh peniaga di Sabah dan Sarawak yang kini boleh didapati secara terus kepada para pembeli, malah kami juga akan fokus kepada kemudahan dan kemampuan untuk memesan makanan segar, sejuk beku atau siap dibungkus dari Sabah dan Sarawak ke Lembah Klang. Pada masa yang sama, kami berharap dapat membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa sahaja sebagai rakan penghantaran Teleport untuk memenuhi permintaan dan penghantaran pada hari berikutnya.”
Melalui kempen ‘Shop Sama Kamek,’ para peniaga terpilih yang mendaftar dengan Teleport akan disokong dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk memasarkan produk mereka dalam talian. Peniaga terpilih akan didaftarkan secara automatik ke dalam program pengembangan khusus oleh RedBeat Academy iaitu ‘BINA Digital’ yang akan membantu meningkatkan kemahiran dan memperakui peniaga untuk untuk menjual produk mereka kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan rantau ini.
Peniaga baharu yang menyertai platform ini juga tidak perlu membayar sebarang komisen atau 0% dan hanya akan dikenakan yuran ‘bayaran’ sebanyak 2%. Mereka juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menyediakan perniagaan dan akan disokong dengan penyelesaian pasaran, penghantaran dan pembayaran, selain pendedahan kepada pelanggan di Lembah Klang. Teleport juga akan membantu dari segi promosi, pemasaran dan penjenamaan peniaga baharu sebelum dipasarkan kepada pelanggan di Lembah Klang.
Untuk mendaftar sebagai peniaga di Sabah dan Sarawak, layari bit.ly/ourshopmerchants.
***
Mengenai OURSHOP
OURSHOP is an e-commerce marketplace, owned by AirAsia to spur the growth of local products by developing traditional small and medium businesses to be e-commerce ready. To top it all off, shoppers can also earn BIG Points with every successful purchase made, and even use BIG Points to pay for their shopping.
Mengenai Teleport
Founded in 2018, Teleport is a subsidiary of AirAsia Group Berhad, building out the cargo and logistics ambitions for AirAsia. Teleport is on a mission to enable everyone - from single merchants to the largest companies - to move goods and e-commerce anywhere in Southeast Asia and beyond. Our own online platforms (under the OURSHOP brands) partner with merchants to deliver creations, food, fresh produce and essentials we love. It should simply work, like magic. For more information, please visit teleport.asia or our social media on Facebook, Twitter, Instagram and YouTube.