Nasihat Perjalanan: Penerbangan AirAsia ke/dari Bali dan Lombok, Indonesia

5 Ogos 2018 21:30 HRS LT (GMT+8)

DENPASAR, 5 Ogos 2018 - AirAsia mengesahkan bahawa penerbangan ke dan dari Lombok dan Bali beroperasi seperti biasa susulan gempa bumi yang telah dilaporkan.

Para tetamu yang bakal terbang ke/dari Lombok atau Bali dari 6 hingga 10 Ogos 2018* boleh memilih salah satu daripada tawaran perkhidmatan berikut:

1. Tukar penerbangan: Tukar kepada tarikh baharu bagi laluan sama dalam masa 14 hari kalendar dari masa penerbangan asal tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

2. Akaun kredit: Mengekalkan nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian ini boleh ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan.

Para tetamu yang ingin menukar penerbangan / menerima akaun kredit perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di support.airasia.com:

AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mengemas kini butir-butir peribadi mereka di airasia.com untuk memastikan mereka menerima perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memastikan tetamu kami dikemas kini bagi perkembangan terbaru. Para tetamu juga disarankan untuk melayari airasia.com dan saluran media sosial AirAsia bagi melihat status terkini.

Bagi tetamu yang memerlukan maklumat lanjut dan sebarang bantuan, sila hubungi bahagian Kebahagiaan Pelanggan kami di support.airasia.com.

*Sah untuk tempahan yang dibuat sebelum 5 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 6 hingga 10 Ogos 2018

News, Malaysia, EnglishM ADenpasar