Penipuan Menggunakan Jenama AirAsia

AirAsia Big Loyalty Bonus Scam.jpeg

SEPANG, 16 APRIL 2019 - AirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan  penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

Orang ramai diminta untuk berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi  AirAsia untuk berita, aktiviti atau promosi terkini syarikat.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila berhubung dengan kami melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:

Facebook: www.facebook.com/airasia
Twitter: www.twitter.com/airasia
Laman AirAsia Support: support.airasia.com

AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut menggunakan jenama AirAsia. AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini.

Malaysia, News, EnglishM ASepang