airasia food tawar promosi hidangan istimewa* hanya 1 sen!

D85D8AF5-E8D5-42E7-86DE-AF3351FF9E44.jpeg

PULAU PINANG, 13 Jun 2021 - airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Pulau Pinang dan Lembah Klang menawarkan promosi hebat dengan harga 1 sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad.

Promosi tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang pada hari ini, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif airasia super app, Amanda Woo dan Ketua e-Dagang airasia super app, Lim Ben-Jie menerusi sidang media dalam talian.

Para pelanggan di Pulau Pinang boleh menebus hidangan 1 sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENPG pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi iaitu bermula dari 10 sehingga 23 Jun. Selain itu, pelanggan juga akan dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.

Ikuti @airasiadelivers di laman Instagram untuk mendapatkan jadual penuh promosi ini, serta restoran terlibat dan hidangan yang ditawarkan. Untuk melihat tawaran hebat lain di airasia food, klik ikon 'Food' di airasia super app atau layari airasia.com/food.

YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada airasia atas pelancaran promosi unik yang menawarkan hidangan daripada hanya 1 sen kepada rakyat Pulau Pinang melalui airasia food, platform penghantaran makanan terbaru di Pulau Pinang. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan jenama seperti airasia untuk membuka peluang kepada para pengusaha industri makanan dan minuman di seluruh negeri ini. Kini para peniaga boleh mendapatkan lebih ramai pelanggan dan memperoleh lebih banyak pendapatan, selain daripada menawarkan lebih banyak pilihan perkhidmatan kepada rakyat Pulau Pinang dengan nilai terbaik.”

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia super app berkata, “Airasia food yang telah dilancarkan di Pulau Pinang baru-baru ini telah menerima sokongan padu daripada semua pihak. Justeru, promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia kami yang terus menyokong airasia food dan kami berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food. Penebusan pertama untuk promosi ini bermula pada 10 Jun lalu dengan tawaran hidangan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice yang telah menerima sambutan yang hebat. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pejabat EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang atas sokongan dan kerjasama mereka dalam menjayakan promosi ini. Bagi anda yang belum mencuba airasia food, kami menggalakkan anda memuat turun airasia super app sekarang untuk memesan hidangan 1 sen berikutnya di Pulau Pinang.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia super app berkata, “Daripada sebuah syarikat penerbangan, kami telah berkembang menjadi sebuah aplikasi gaya hidup yang menawarkan sesuatu untuk semua orang. Jadi, kami ingin membawa kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia yang terkenal ke dalam cabang perniagaan bukan penerbangan terutamanya di platform e-dagang kami. Ini juga adalah satu peluang untuk kami menghargai komuniti yang terus menyokong kami sejak pelancaran airasia food pada bulan Mei 2020. Kami juga berbesar hati kerana airasia food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk para pelanggan kami.”

Selain daripada promosi terhad hidangan 1 sen, pelanggan airasia food boleh menikmati lebih nilai dengan membuat penebusan menggunakan BIG Poin mereka di airasia super app. Mereka juga boleh mengumpul 10 kali ganda lebih banyak BIG Poin untuk pembelian airasia food pada hari Khamis.

Airasia food akan terus mengembangkan perkhidmatannya dan para pengusaha restoran dan peniaga makanan serta minuman di seluruh negara boleh mendaftar minat mereka dengan mengisi borang ini, dan mereka akan dihubungi dalam masa 48 jam untuk urusan lanjut.

***

*hidangan istimewa dari peniaga / restoran terpilih