Santan dan Crème De La Crème sambut Merdeka dengan rasa Malaysia
Santan bekerjasama dengan pengusaha aiskrim terkemuka tempatan Crème De La Crème untuk dua perisa terhad - aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2020 - Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Santan bekerjasama dengan pengusaha aiskrim terkemuka tempatan, Crème De La Crème (CDLC) untuk melancarkan dua perisa terhad: aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol.
Dibuat dengan penuh kebanggaan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser ini mengikut rasa istimewa Nasi Lemak Pak Nasser yang terkenal di Santan dengan menggunakan sambal yang sama, diadunkan dengan aiskrim kelapa berkrim dan dimakan bersama-sama ikan bilis dan kacang tanah untuk keaslian rasa.
Manakala, aiskrim Pandan Dodol membangkitkan rasa nostalgia dengan adunan dodol tradisional bersama-sama aiskrim kelapa berkrim, dengan kelapa parut yang dipanggang untuk menambahkan aroma yang melazatkan.
Catherine Goh, Pengurus Besar Santan berkata: “Santan bangga untuk meraikan warisan rasa Malaysia bersama-sama dengan pengusaha aiskrim tempatan, Crème De La Crème (CDLC) untuk membawakan dua perisa terhad - aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol. Walaupun dua perisa ini tidak perlu diperkenalkan lagi di pasaran tempatan, kerjasama kami dengan CDLC menjanjikan keunikan dalam setiap suapan yang dibuat dari 100% bahan segar semula jadi. Kami berharap untuk membawa hidangan terlaris kami, iaitu Pak Nasser Nasi Lemak yang telah terjual hampir 20,000 unit sejak restoran kami dibuka, ke tahap seterusnya sebagai pencuci mulut.
“Bulan Ogos juga merupakan bulan yang istimewa bagi kami kerana kami meraikan ulang tahun ke-lima jenama Santan dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah telah menyokong kami, sama ada melalui pesanan di dalam pesawat atau di restoran kami. Kami merancang untuk mengembangkan restoran kami dalam masa terdekat dan berharap lebih ramai orang dapat menikmati hidangan kami yang diilhamkan oleh negara-negara Asean dengan harga yang berpatutan di mana jua.”
Lio Lim, Pengarah Urusan CDLC berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Santan kerana kami adalah salah satu peminat Nasi Lemak Pak Nasser mereka yang ikonik. Setelah merevolusikan konsep dan rasa aiskrim di pasaran tempatan, kerjasama dengan Santan membuka peluang sekali lagi kepada kami untuk mencipta rasa Malaysia sempena sambutan Merdeka, dan ulang tahun ke-lima Santan. Kami tidak sabar untuk semua rakyat Malaysia mencuba dua rasa yang amat unik ini!”
Kedua-dua aiskrim ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan pada RM8.80 secawan, dan boleh didapati secara eksklusif di restoran Santan Mid Valley dan Sunway Pyramid, atau di Crème De La Crème Uptown Damansara dan Mont Kiara bermula 28 Ogos 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai Santan & Crème De La Crème, ikuti mereka di Instagram @ @santan.asean dan @mycdlc.
***
Mengenai Restoran Santan
Bringing the flavours of ASEAN under one roof, Santan Restaurant serves Asean dishes, coffee and snacks in a fast, casual and efficient environment. Indulge your taste buds in the likes of Pak Nasser’s Nasi Lemak with Chicken Rendang and Nasi Padang with Beef Rendang while washing them down with refreshing Asean-inspired beverages such as White Coffee, Teh Tarik and Calamansi Iced Tea.
Using technology, Santan Restaurant invites you to enjoy your favourite Asean-meals and drinks at the convenience of your fingertips through seamless and contactless ordering on www.santan.com.my. You can enjoy these tasty treats via dine-in, takeaway and delivery within Klang Valley from locations Santan’s various locations in Mid Valley, Sunway Pyramid and Shah Alam.
Santan is also partnering with the Food Aid Foundation to deliver over 8,000 meals to charitable homes, rehabilitation centers, feeding centers and selected hospitals in Klang Valley since March 2020 and will continue their partnership with the foundation to help those in need.
Mengenai Crème De La Crème (CDLC):
Hailed by mainstream media and renowned food critics as the best ice cream in Malaysia, Crème De La Crème has taken the market by storm as Malaysia’s first and only artisanal dessert haven with highly skilled local pastry chefs, who have worked and trained under renowned celebrity dessert master Christy Tania.
CLDC does not believe in skimping on ingredients, using only 100% all natural fresh premium ingredients with no preservatives, artificial flavourings or colourings. The result: the richest, smoothest and creamiest handcrafted ice creams of uncompromising and incomparable quality, consistency and textures - not to mention - perfectly Instagrammable beauties! Innovation and creativity are synonymous with CDLC.
CDLC revolutionised the beauty and F&B industries with “Beauty Elixir”, the world’s first beauty ice-cream.