AirAsia dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura, Gardens by the Bay dan Kumpulan Hidupan Liar Mandai melancarkan rekaan pesawat 'Love, Singapore' memacu pelancongan serantau
Keterangan Gambar: (Dari kiri ke kanan) Jean Choi, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran, Kumpulan Hidupan Liar Mandai; Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengarah Urusan AirAsia Malaysia; Paul Carroll, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia; Terrence Voon, Pengarah Eksekutif, Asia Tenggara Lembaga Pelancongan Singapura; Addison Goh, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan, Gardens by the Bay; dan Loganathan Velaitham,Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura di majlis sidang media pelancaran rekaan pesawat 'Love, Singapore di di Atrium, RedQ.
SINGAPURA, 22 Ogos 2024 - AirAsia dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Gardens by the Bay dan Kumpulan Hidupan Liar Mandai hari ini melancarkan rekaan pesawat 'Love, Singapore'. Pelancaran ini adalah sebahagian daripada usaha kerjasama kempen dalam mempromosikan pelancongan ke Singapura terhadap pengembara dari Malaysia, Thailand dan Indonesia dengan memanfaatkan puncak perjalanan akhir tahun di rantau ini.
Rekaan pesawat Airbus A320 ini menampilkan reka bentuk istimewa yang memaparkan tarikan ikonik Singapura, termasuk Gardens by the Bay dan taman hidupan liar dari Kumpulan Hidupan Liar Mandai seperti Zoo Singapura dan Bird Paradise, bersama Merli yang merupakan produk jenama Singapura yang terkemuka yang diilhamkan oleh Merlion. Rekaan ini adalah bertujuan untuk menginspirasi pelancong serantau untuk meneroka pengalaman menakjubkan yang ditawarkan oleh Singapura.
Terrence Voon, Pengarah Eksekutif, Asia Tenggara Lembaga Pelancongan Singapura berkata: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan AirAsia dan pemain industri pelancongan kami dalam mempromosikan Singapura ke ruang udara serantau. Pelbagai acara dan pengalaman yang menarik ditawarkan kepada pelancong untuk melawat serta mengunjungi semula Singapura pada tahun ini dan kami menggalakkan mereka untuk mengambil peluang daripada tawaran hebat yang akan dilancarkan bersama rekaan pesawat ‘Love, Singapore’ untuk menempah percutian seterusnya ke Singapura.”
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengarah Urusan AirAsia Malaysia berkata: “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura, di mana kami meraikan 20 tahun operasi di Singapura pada tahun ini. Kini kami mengendalikan 454 penerbangan mingguan keluar masuk Singapura dari Malaysia. Laluan Kuala Lumpur-Singapura, yang merupakan laluan paling sibuk di dunia, adalah penting untuk meningkatkan pelancongan dan kerjasama ini adalah peluang yang tepat untuk memanfaatkan rangkaian penerbangan kami yang luas bagi mengukuhkan hubungan antara negara jiran.”
Addison Goh, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan, Gardens by the Bay berkata: “Gardens by the Bay berbesar hati untuk dipromosikan dengan kerjasama antara AirAsia dan Lembaga Pelancongan Singapura ini. Sebagai taman pameran hortikultur dimana baru-baru ini telah diundi sebagai tarikan terbaik di Asia dan tarikan kelapan terbaik di dunia dalam Anugerah Pilihan Pengembara TripAdvisor 2024, misi utama kami adalah untuk menyatakan kecintaan kami terhadap dunia tumbuhan dengan cara yang baharu dan kreatif dalam menyasarkan lebih ramai bukan sahaja pencinta alam semula jadi. Dalam pada itu, terdapat banyak perkara yang kami tawarkan kepada pengunjung ke Singapura dan kami berbesar hati untuk berkongsi segala usaha kami dengan pelancong seluruh rantau ini.”
Jean Choi, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Kumpulan Hidupan Liar Mandai berkata: “Kami berbangga untuk mempamerkan keajaiban taman hidupan liar kami ke ruang udara dengan cara yang unik. Dengan pengalaman yang meluas, berinteraksi secara dekat bersama haiwan dan acara tahunan seperti ulang tahun ke-30 Night Safari, sedia menawarkan pengalaman yang baharu untuk diterokai di taman kami. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Love, Singapore’, para tetamu AirAsia yang menempah penerbangan ke Singapura boleh menikmati promosi istimewa untuk mengunjungi taman ini atau menikmati pakej ParkHopper bernilai hebat di mana anda boleh melawati empat taman dengan harga yang lebih rendah. Ini adalah masa yang tepat untuk melawat Singapura dan merasai pengalaman hidupan liar yang menakjubkan.”
Bagi meraikan pelancaran rekaan pesawat baharu ini, AirAsia menawarkan tambang rendah bermula daripada SGD85* termasuk semua sehala untuk pegembara yang ingin menerokai Singapura dengan penerbangan terus dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Langkawi, Kuching, Ipoh dan Kota Kinabalu. Tambang promosi ini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 30 Ogos 2024 untuk tempoh perjalanan segera sehingga 30 Jun 2025.
AirAsia kini mengendalikan sejumlah 10 penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu, Jakarta, Bali, Bangkok, dan Phuket ke Singapura. Rakyat Singapura boleh meneroka ASEAN dan destinasi lain dengan tambang berpatutan melalui perkhidmatan Fly-Thru AirAsia yang menghubungkan para pengembara ke lebih 130 destinasi di seluruh dunia.
*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala. Termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat
*** TAMAT ***
About the Singapore Tourism Board
The Singapore Tourism Board (STB) is the lead development agency for tourism, one of Singapore’s key economic sectors. Together with industry partners and the community, we shape a dynamic Singapore tourism landscape. We bring the Passion Made Possible brand to life by differentiating Singapore as a vibrant destination that inspires people to share and deepen their passions.
More: www.stb.gov.sg or www.visitsingapore.com | Follow us: facebook.com/STBsingapore or twitter.com/stb_sg
For further information please contact:
Deborah Lam
Singapore Tourism Board
deborahlam@brandthinkasia.com
+6017 335 2148
OR
Jeanine Tan
Gardens by the Bay
jeanine.tan@gardensbythebay.com.sg
+65 9625 0887
OR
Loh Pui Ying
Mandai Wildlife Group
puiying.loh@mandai.com
+65 9640 4552