Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Umum Kerjasama Strategik Dengan Cainiao, Syarikat Logistik Alibaba, untuk Promosi Tmall “11.11” sempena Pesta Beli-Belah Global

Dari kiri: Pengurus Jualan Teleport China, Archie Chen; Ketua Operasi Teleport China, Simon Chen; Ketua Teleport China, Ying Li; Pengarah Logistik Bahagian Pengangkutan Eksport Tmall di Cainiao, Kenny Wu; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong da…

Dari kiri: Pengurus Jualan Teleport China, Archie Chen; Ketua Operasi Teleport China, Simon Chen; Ketua Teleport China, Ying Li; Pengarah Logistik Bahagian Pengangkutan Eksport Tmall di Cainiao, Kenny Wu; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macau, Celia Lao; Ketua Lapangan Terbang dan Jabatan Ketersambungan di Hong Kong dan Macau, Ricky Chan bersama penerbangan kargo AirAsia yang berlepas dari Shenzhen ke Kota Kinabalu pada 11 November 2020.

Shenzhen, 12 November 2020 - Teleport, syarikat teknologi logistik milik AirAsia, telah bekerjasama dengan Cainiao, platform logistik Alibaba, untuk membuat penghantaran rentas sempadan yang dipesan melalui Tmall Taobao, platform e-dagang milik Alibaba.

Kerjasama strategik ini merangkumi perkhidmatan dari Shenzhen dan Canton di China, ke Kota Kinabalu di Sabah; hab utama di Malaysia Timur. Melalui kerjasama dengan Cainiao, Teleport berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran menyeluruh yang terbaik dalam masa 24 jam atau kurang.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata: “Teleport pernah bekerjasama dengan Cainiao untuk perkhidmatan pesawat kargo sewa khas dan kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini untuk jangka masa panjang dengan perkhidmatan penghantaran dari seluruh China ke Malaysia Timur. Dengan memanfaatkan teknologi integrasi (API) Teleport antara kedua-dua platform dan rangkaian AirAsia di rantau ini, ia membolehkan kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Asia Tenggara dari beberapa buah bandar di China.”

Pengarah Logistik Pengangkutan Talian Eksport Tmall di Cainiao, Kenny Wu, berkata: “Penubuhan perkhidmatan logistik e-dagang Malaysia-China secara langsung merupakan bukti usaha pelaburan positif kami di kawasan tersebut. Dengan pengembangan aktiviti e-dagang dan perniagaan rentas sempadan, kami percaya amat penting untuk kami meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan penghantaran bagi kejayaan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi. Selain menyelaraskan pelepasan kastam dan meningkatkan kestabilan pengangkutan udara, kerjasama strategik dengan Teleport juga akan melengkapkan perkhidmatan penghantaran kami secara global dalam masa 72 jam.”

Untuk memastikan perkhidmatan penghantaran yang pantas, penerbangan kargo yang membawa barangan pesanan dari Tmall telah berlepas dari Shenzhen, China ke Kota Kinabalu, Sabah pada hari penjualan terbesar tahun ini, pada 11 November 2020 (11.11 atau Double 11).

**Tamat** 

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.