Terbang dengan selamat bersama AirAsia di musim percutian ini

SEPANG, 23 Disember 2022 - AirAsia ingin menggalakkan para tetamu untuk mengikuti nasihat perjalanan berikut bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar pada musim percutian ini.

Sebelum anda menempah penerbangan bersama-sama AirAsia, sila ambil maklum mengenai keperluan perjalanan berikut:

  • Pastikan anda (dan keluarga anda) layak untuk melakukan perjalanan. Sila semak sebarang sekatan perjalanan atau keperluan khas perjalanan ke destinasi anda, termasuk tempoh sah laku pasport iaitu sekurang-kurangnya enam bulan, visa perjalanan atau e-visa yang diperlukan, dokumen kesihatan yang berkaitan dan bukti sijil vaksinasi jika berkenaan. Anda mesti memenuhi keperluan perjalanan untuk setiap destinasi dan transit. Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa jadi kami ingin menasihati anda untuk menyemak dengan pihak berkenaan untuk maklumat terkini.

  • AirAsia menggalakkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Anda boleh mendaftar masuk secara kendiri dengan mudah mulai 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan anda.

Sila ambil maklum:

  • Muat turun aplikasi airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery supaya anda dapat menerima maklumat perjalanan terkini mengenai sebarang perubahan dan kemaskini penerbangan anda secara terus.

  • Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya akan tersedia untuk tetamu yang mempunyai mobiliti terhad, mereka yang melakukan perjalanan bersama-sama bayi (berumur di bawah 24 bulan) dan tetamu remaja yang membuat perjalanan bersendirian.

  • Para tetamu yang hamil dikehendaki untuk mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat. Jika anda hamil melebihi 27 minggu, anda dikehendaki untuk mengemukakan sijil perakuan perubatan yang telah diluluskan oleh pegawai kesihatan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

  • Tetamu dengan mobiliti terhad boleh membuat pra-tempahan Bantuan Khas (Perkhidmatan Kerusi Roda) semasa membuat tempahan atau melalui ‘My Bookings’ sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu pelepasan penerbangan yang telah dijadualkan.

  • Tiba awal di lapangan terbang. Anda digalakkan untuk tiba lebih awal sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal (bagi penerbangan antarabangsa) sebelum waktu perlepasan yang telah dijadualkan untuk menyelesaikan semua proses perjalanan sebelum menaiki penerbangan.

  • Guna kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi secara kendiri. Anda diingatkan untuk membuat pra-tempahan bagasi dalam talian semasa membuat tempahan penerbangan sehingga empat jam sebelum penerbangan untuk menikmati penjimatan terbaik. Sebaik sahaja anda mendaftar masuk secara kendiri dalam talian, anda hanya perlu mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda di kiosk daftar masuk untuk mencetak tag bagasi dan teruskan ke kaunter daftar masuk bagasi kendiri. Anda juga boleh menambah elaun bagasi anda sehingga empat jam sebelum waktu pelepasan.

  • Pastikan saiz bagasi kabin anda tidak melebihi had yang ditetapkan. Setiap tetamu hanya dibenarkan untuk membawa satu bagasi kabin (bersaiz tidak melebihi daripada 56 x 36 x 23cm dalam dimensi) dan satu beg komputer riba atau beg tangan atau beg kecil di atas pesawat. Jumlah berat yang dibenarkan untuk 2 bagasi yang tidak didaftarkan mestilah tidak melebihi 7kg.

  • Buat pra-tempahan hidangan dalam penerbangan lebih awal. Anda boleh membuat pra-tempahan hidangan dalam penerbangan dalam talian sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan anda untuk lebih penjimatan dan untuk memastikan ketersediaan pilihan hidangan anda.

Untuk tetamu yang terjejas oleh perubahan penerbangan atau penjadualan semula:

  • Tukar penerbangan anda secara PERCUMA dengan mudah pada bila-bila masa. Hanya log masuk ke akaun anda di airasia Super App atau airasia.com, klik pada pautan ‘My Booking’, pilih penerbangan yang terjejas dan klik ‘Modify’. Penukaran penerbangan adalah percuma untuk satu kali dalam tempoh satu bulan dari tarikh perlepasan asal anda. Atau, pilih untuk menukar penerbangan anda melalui bot sembang AirAsia AVA. Untuk status penerbangan terkini, lawati airasia.com/flightstatus.