Terokai Hotel Paling Romantik untuk Percutian Bersama Yang Tersayang

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2023 – 2023 hampir berakhir, dan banyak perayaan akan berlaku dalam beberapa bulan mendatang, dari Tahun Baru hingga Hari Valentine dan perayaan lain. Dan apa cara yang lebih baik untuk meraikan saat-saat itu selain bersama pasangan anda?

Berikut adalah beberapa pilihan hotel yang menakjubkan dengan pemandangan bandar atau pantai yang menarik untuk anda menginap bersama pasangan anda:

Cuti Inap di Bandar:

The RuMa Hotel and Residences

Terletak di tengah-tengah kesibukan kota raya Kuala Lumpur dan berdekatan beberapa pusat membeli-belah terkenal seperti Pavilion Kuala Lumpur dan KLCC, The RuMa Hotel and Residences menyediakan tempat peristirahatan yang tenang di tengah-tengah kesibukan pusat bandar, dengan bilik-bilik mewah dan suite dengan pemandangan panorama langit bandar Kuala Lumpur. Dengan penginapan yang dilengkapi dengan tab mandi yang dalam untuk bersantai, The RuMa menjadi pilihan pasangan untuk pelarian bandar yang mewah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/3ae2e3

Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree

Terletak di pusat bandar Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Pavilion Hotel Kuala Lumpur adalah tempat penginapan bandar yang tenang di tengah-tengah kesibukan pusat perniagaan dan hiburan lengkap dengan pelbagai tarikan menarik, restoran, dan pusat membeli-belah terbaik berdekatan dengannya. Menawarkan 325 bilik dan suite moden yang luas dengan pemandangan yang menginspirasikan kehidupan bandar yang dinamik, Menara Kembar Petronas dan Menara KL, setiap bilik mempunyai daya tarikan uniknya yang tersendiri, dengan beberapa bilik dilengkapi dengan tab mandi. Kolam renang infiniti di atas bumbung hotel menawarkan pemandangan panorama langit bandar Kuala Lumpur, menjadikannya tempat yang sempurna untuk pasangan yang mencari tempat penginapan di bandar yang bergaya.

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/e303a

The Kuala Lumpur Journal Hotel

The Kuala Lumpur Journal Hotel adalah hotel butik bergaya dan menawan yang digemari kerana sentuhan hip dan ‘funky’-nya. Bilik-bilik di hotel ini menampilkan reka bentuk moden tingkap dari lantai ke siling, memastikan pemandangan malam langit-langit Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan. Bagi peminat seni dan jiwa kreatif, hiasan yang berwarna-warni menyerikan lagi suasana di setiap ruang hotel. Anda boleh menyegarkan diri di kolam renang infiniti berkonsep retro di atas bumbung hotel bersama pasangan anda. Kerusi berwarna-warni di tepi kolam menyediakan tempat yang sempurna untuk menikmati koktail sambil berjemur di bawah matahari atau mengambil gambar Instagram bersama pasangan anda.

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/3ada95

VIE Hotel Bangkok - MGallery

Dikenali sebagai salah satu hotel paling popular dan ‘trendy’ di Bangkok oleh para pempengaruh media sosial, VIE Hotel Bangkok - MGallery adalah hotel butik mewah 5 bintang yang moden dan elegan. Semasa penginapan anda di MGallery, berehatlah bersama pasangan anda di bar kolam renang infiniti di atas bumbung hotel yang menawarkan pemandangan Bangkok yang memukau, terutama semasa matahari terbenam. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi spa organik dan merasai pengalaman Aromatic Candle Massage yang istimewa. Jika anda mencari percutian bersama pasangan yang santai di Bangkok, hotel ini boleh menjadi pilihan utama anda!

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/c2d8

Percutian di Pantai:

Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Pelangi Beach Resort & Spa mengambil konsep chalet yang luas di kawasan luar bandar Malaysia, dikelilingi pantai berpasir dan pokok palma yang subur. Setiap bilik menyediakan pemandangan laut dan taman, membolehkan anda berehat di dalam tab mandi sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan. Menawarkan pelbagai kemudahan seperti urutan spa, pantai persendirian, kolam renang luaran dan sukan air, resort ini direka khas untuk pasangan yang mencari percutian yang menenangkan.

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/3e54a5

Avani Sepang Goldcoast Resort

Terletak dalam jarak 90 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, Avani Sepang Goldcoast Resort lebih daripada 300 bilik dan villa yang diilhamkan daripada keindahan kepulauan Polinesia, dibina di atas tiang di atas ombak lembut, bersama-sama dengan pantai peribadi, kolam renang atas air dan spa. Jangan lepaskan peluang untuk menghayati keindahan matahari terbenam di pantai bersama yang tersayang. Menawarkan pengalaman bersiar-siar dikelilingi alam semula jadi di waktu pagi, menonton filem pada hujung minggu dan pelbagai aktiviti rekreasi lain, resort ini sememangnya tempat yang sesuai untuk pasangan yang mencari kelonggaran dan pengembaraan!

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/e17e5

The Sankara Resort Pramana, Bali

The Sankara Resort sangat disyorkan untuk pasangan yang ingin bercuti di Bali. Resort sederhana dengan persekitaran autentik Bali yang menawarkan ruang ideal untuk menikmati ketenangang Ubud bersama yang tersayang. Bilik-biliknya direka dengan gaya minimalis serta memikat. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan urutan spa Bali yang wajib dicuba di sini! Ini boleh menjadi pilihan utama anda jika anda merancang percutian berdua ke Bali.

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/3bbd3a

Anantara Uluwatu Bali Resort

Anantara Uluwatu Bali Resort ialah sebuah tempat penginapan dengan reka bentuk moden dan keindahan semula jadi yang lasak, dilengkapi 73 suite yang bergaya dan luas serta villa kolam yang mengalir menuruni curam ke arah lautan, resort ini menawarkan pemandangan panoramik lautan yang paling menakjubkan. Tingkatkan pengalaman anda dengan jakuzi terbuka, membolehkan anda menikmati bayu laut dengan orang yang anda sayangi. Sama ada anda sedang mencari percutian romantik atau percutian santai yang tenang, ini ialah destinasi yang sesuai!

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/22528

Phi Phi Coco Beach Resort, Krabi

Phi Phi Coco Beach Resort mempunyai banglo buluh dengan perabot yang dibuat sepenuhnya daripada kepingan buluh moden. Di Phi Phi Coco, anda boleh menikmati pemandangan panoramik pantai berpasir putih yang bersih sambil anda menghirup koktel bersama orang tersayang. Untuk menyeronokkan lagi percutian pantai anda, anda harus mencuba untuk bersnorkling di Hat Yao, aktiviti pilihan utama dengan air sejernih kristal, memberikan anda peluang melihat pelbagai jenis makhluk laut dengan jelas. Satu lagi aktiviti popular di Koh Phi Phi ialah berkayak, membolehkan anda meredah perairan biru dengan tenang dan menyelami pemandangan pulau yang menakjubkan. Bawa pasangan anda ke sini untuk percutian pulau yang sempurna!

Tempah penginapan anda di sini: https://www.airasia.com/hotel/3b8acb

Kemaskan beg anda dan mulakan perjalanan untuk menikmati tarikan lampu bandar atau ketenangan pantai dengan orang yang anda sayangi. Cuma klik pada ikon "Hotel" dalam aplikasi airasia Superapp dan terokai destinasi yang anda inginkan sekarang. Mulai sekarang hingga 10 Disember 2023, Pengguna Superapp boleh menikmati diskaun RM50 apabila menempah hotel dengan kod promosi BDAYHOTEL.

Ikuti perkembangan terkini dengan segala-galanya daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai tawaran airasia Superapp! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.