Chiang Mai, Destinasi Eko-Pelancongan Musim Hujan.
Kuala Lumpur, 25 September 2025 – Bukan penghalang, hujan di Chiang Mai mengundang para pengembara untuk menikmati sisi lain destinasi ini. Saat musim hujan tiba, bandar ini berubah menjadi sebuah lokasi menakjubkan dengan panorama gunung berkabus, sawah padi menghijau, serta landskap yang segar dan mempesona. Inilah masa terbaik untuk memperlahankan langkah, menarik nafas dalam-dalam, dan menikmati keindahan Chiang Mai dalam bentuknya yang paling tulen dan menyegarkan.
MOVE, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, baru-baru ini menjemput beberapa content creators terkenal berfokuskan pelancongan dari seluruh ASEAN untuk menikmati keindahan Chiang Mai. “Bagi saya, Chiang Mai benar-benar mencerminkan maksud sebuah destinasi yang memberi ketenangan mendalam” kata Kadek Arini, pencipta kandungan pelancongan dari Indonesia. Beliau menambah, “Apa yang paling meninggalkan kesan ialah peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti tempatan dan menyaksikan keharmonian antara pemodenan, pelancongan dan ekosistem.” Terokai empat lokasi mesra alam di Chiang Mai yang menonjolkan pengalaman budaya bersama komuniti tempatan, denai alam semula jadi yang tersembunyi serta aktiviti lestari yang direka untuk menjadikan setiap perjalanan lebih bermakna:
Thep Sadet Community – Kopi Arabika di Tanah Tinggi
Terletak di tanah tinggi Doi Saket, komuniti ini mengekalkan process semula jadi dalam penanaman dan pemrosesan kopi Arabika. Para pengunjung berpeluang mempelajari secara langsung daripada petani tempatan tentang amalan pertanian, sambil menikmati aroma kopi segar yang dibru daripada hasil tani mesra alam.On Tai Village – Pesona Warna Alam, Tradisi yang terjaga
Di daerah Sankampang, Chiang Mai, terletaknya Kampung On Tai yang unik dengan seni pewarnaan semula jadi berasaskan tumbuhan tempatan seperti nila dan kunyit. Di sini, pengembara boleh menyertai bengkel ikat celup bersama artisan, melihat sendiri kehalusan seni tenunan tradisional, dan meneroka ladang organik yang subur. Sebuah pengalaman menyeluruh yang bukan sahaja menghidupkan kembali nilai ekonomi kitaran, malah mengekalkan keindahan warisan budaya setempat.One Nimman – Pusat Gaya Hidup Kreatif
Terletak di kawasan Nimmanhaemin, One Nimman menampilkan seni bina bercirikan Eropah. Ruang ini dipenuhi kafe moden, butik eksklusif, galeri seni dan halaman yang fotogenik. Menjelang waktu malam, suasana menjadi lebih meriah dengan street foods, alunan muzik dan pasar yang sibuk, menawarkan pengalaman gaya hidup moden yang tetap berakar kuat dalam komuniti setempat.Wat Sri Suphan – Kerohanian dan Kehalusan Seni Perak
Terkenal sebagai Silver Temple, Wat Sri Suphan merupakan kuil bersejarah yang dihiasi dengan ukiran perak halus pada dindingnya. Selain suasana kerohanian yang menenangkan, pengunjung juga berpeluang menyertai pengalaman interaktif yang unik, termasuk bengkel ukiran logam yang dikendalikan oleh artisan tempatan.
Meskipun terdapat penerbangan pelbagai bandar ke Chiang Mai, perjalanan kini menjadi lebih mudah dengan aplikasi MOVE. Melalui MOVE, pengembara boleh merancang keseluruhan perjalanan mereka dengan memilih daripada ratusan pilihan syarikat penerbangan global, di samping menikmati diskaun sebanyak RM50*, dengan kadar perbelanjaan minimum RM300 untuk tempahan hotel menggunakan kod promosi THAIHOTELS bagi penjimatan yang lebih besar.
Jadikan Chiang Mai sebahagian daripada rancangan percutian anda musim hujan ini. Ikuti perkembangan terkini di @airasiamove serta manfaatkan pelbagai promosi eksklusif yang ditawarkan melalui aplikasi MOVE.
TAMAT
*Tertakluk pada terma & syarat