AirAsia menerbangkan Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal ke Manila untuk pertandingan Ratu Cantik Miss Universe ke-65
SEPANG, 12 Januari 2017 - Ratu cantik Malaysia, Kiran Jassal menerima layanan mesra dari AirAsia hari ini sebelum berlepas ke Filipina dengan penerbangan Z2 943 bagi memulakan perjuangan dalam Pertandingan Ratu Cantik Miss Universe kali ke-65.
Mewakili Malaysia, Kiran Jassal bersedia untuk memukau para juri dan orang ramai dengan gaya dan personalitinya yang menarik sambil memperagakan kostum yang menampilkan ikon yang menjadi kebanggaan negara, iaitu "Menara Berkembar Petronas”.
AirAsia berbesar hati untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi ratu cantik Miss Universe Malaysia 2016 dan AirAsia turut menaja perjalanan Miss Universe Malaysia ke pentas akhir Miss Universe Pageant kali ke-65. Dua peminat berpeluang untuk terbang bersama AirAsia ke Manila dengan segala perbelanjaan ditaja oleh Miss Universe Malaysia bagi menyaksikan pentas akhir pertandingan ratu cantik tersebut.
Rudy Khaw, Ketua Penjenamaan Serantau AirAsia berkata, "Kami memberi sokongan penuh kepada Kiran untuk mangharumkan nama negara di pertandingan ini. Perkara yang membezakan beliau dari yang lain ialah keinginan beliau yang tinggi untuk merealisasikan mimpinya sejak dulu lagi untuk bertanding di acara berprestij ini dan menjadi idola para gadis remaja walaupun terpaksa melepaskan peluang seketika untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian. Beliau membuktikan erti sebenar tiada mimpi yang mustahil untuk dicapai dan kami mengagumi ketekunan dan usaha beliau dalam mengubah suatu aspirasi menjadi realiti.
Berikan sokongan penuh kepada Kiran yang akan beraksi di pentas pertandingan ratu cantik Miss Universe Pageant ke-65 pada 30 Januari 2017 ini agar ianya dapat terus membakar semangat beliau bagi mengharumkan nama Malaysia.