Lebih Penjimatan atas Barangan Bebas Cukai di AirAsia BIG Duty Free!

Save more on duty free items on AirAsia BIG Duty Free!.jpg

Diskaun sebanyak 38% untuk semua barangan apabila anda pra-tempah di bigdutyfree.com.

SEPANG, 20 Januari 2017 - Dengan tibanya tahun Ayam, BIG Duty Free menawarkan promosi diskaun sebanyak 38% untuk semua barangan apabila tetamu pra-tempah pelbagai barangan bebas cukai menarik di laman webbigdutyfree.com

Bersempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini juga, para tetamu yang terbang bersama penerbangan AirAsia Berhad (Kod Penerbangan AK) boleh menikmati rebat besar mulai dari sekarang sehingga 12 Feb 2017. Terdapat lebih daripada 100 jenis produk untuk dipilih di laman web yang menampilkan pelbagai jenama mewah. Barangan yang dibeli tersebut akan dihantar terus ke tempat duduk anda ketika dalam penerbangan.

Sumeet Dhingra, Ketua Kumpulan Duty Free dan Merchandise berkata, "Adalah harapan kami untuk menjadikan perayaan Tahun Baru Cina kali ini satu sambutan yang terbaik buat semua tetamu AirAsia. Sebagai portal yang menjamin harga terendah untuk barangan, kami akan memberi penjimatan yang jauh lebih dengan diskaun sebanyak 38% ke atas setiap barangan bebas cukai. Selain itu, tetamu AirAsia juga berpeluang mendapat penerbangan percuma kerana kami akan memberikan lebih mata ganjaran BIG untuk setiap pembelian."

Terdapat pelbagai tawaran hebat yang tidak boleh dilepaskan termasuk Maserati Watch Potenza Gents Watch yang berharga MYR 558,00 (harga asal MYR 900.00); SK-II Facial Treatment Essence yang berharga MYR 384.40 (harga asal MYR 620,00); Beautyblender® Original yang berharga MYR 58.90 (harga asal MYR 95.00); dan banyak lagi.

Tetamu boleh mendapat lebih banyak ganjaran kerana dengan setiap pembelian dalam talian, tetamu akan mendapat tambahan 8 kali mata ganjaran AirAsia BIG dalam tempoh promosi ini (setiap MYR2 yang dibelanjakan semasa tempoh promosi akan melayakkan pembeli dengan 8 mata ganjaran BIG). Ahli BIG yang berdaftar boleh menggunakan mata tersebut untuk menebus penginapan di hotel ataupun penerbangan dari serendah 500 Mata BIG melalui Jualan Panggilan Terakhir eksklusif untuk ahli sahaja.

AirAsia BIG Duty Free menawarkan pengalaman membeli-belah bebas cukai yang mudah dengan tawaran besar dan menyediakan pelbagai kejutan untuk pembeli dalam talian. Dengan harga yang dijamin terendah, tetamu boleh pra-tempah barangan mereka dalam talian seawal 48 jam sebelum masa berlepas dan barangan pembelian mereka akan dihantar terus ke tempat duduk apabila mereka berada di dalam pesawat.

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, layari bigdutyfree.com.

Malaysia, NewsMinjun YuSepang