AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik bagi Hubungan Pelabur di Malaysia

111017.jpg

AirAsia merangkul 4 anugerah dalam kategori syarikat bermodal sederhana

SEPANG, 11 Oktober 2017 - AirAsia Berhad, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia telah dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik bagi Hubungan Pelabur (IR) di Malaysia pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat penerbangan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan di majlis Anugerah Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia (MIRA) 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur pada hari Selasa.

Syarikat penerbangan itu juga merangkul anugerah Laman Web IR Terbaik, yang dianugerahkan kepada Ketua Kumpulan Pembangunan Korporat, Elina Effendi yang sebelum ini mengetuai jabatan Hubungan Pelabur AirAsia.

Aireen Omar berkata, “Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia (MIRA) untuk anugerah-anugerah yang disampaikan. Kami sentiasa telus dengan para pelabur dan berusaha untuk meningkatkan pengalaman hubungan pelabur pada masa akan datang. Anugerah Laman Web IR Terbaik juga penting kerana ia selaras dengan visi kami untuk menjadi syarikat penerbangan digital. Selain itu, kami berhasrat untuk memberikan lebih nilai dan memaksimumkan pulangan kepada para pemegang saham kami, serta menawarkan yang terbaik dalam semua aspek AirAsia.”

AirAsia dan syarikat penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X juga telah memenangi dua anugerah individu – Ketua Pegawai Kewangan Terbaik bagi Hubungan Pelabur yang dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Kewangan AirAsia, How Kim Lian dan Hubungan Pelabur Profesional Terbaik (kategori syarikat bermodal sederhana) yang diterima oleh Pengurus Perhubungan Pelabur AirAsia X, Hanif Idrose Mohamed.

How Kim Lian berkata, “Saya amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada komuniti pelabur. Pencalonan dalam kategori ini merupakan satu penghormatan dan saya sama sekali tidak menduga akan menerima anugerah ini. Tahniah juga kepada AirAsia dan semua kakitangannya, ini merupakan kejayaan bagi semua Allstars.”

Hanif Idrose Mohamed pula berkata, “Anugerah ini adalah satu penghormatan yang besar. Ia turut menjadi bukti bahawa AirAsia mempunyai kakitangan yang berdidikasi tinggi. Anugerah ini juga adalah milik jabatan Hubungan Pelabur AirAsia yang sentiasa komited dalam menyelaraskan komunikasi kepada pihak berkepentingan kami.”

Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf amalan hubungan pelabur oleh para profesional dan semua syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Malaysia, NewsMinjun YuSepang