AirAsia travel 3Sixty° bakal rai ulang tahun ke-10 dengan karnival 3 hari

041017.jpg

Majalah bulanan itu juga akan melancarkan wajah baharu dan laman travel3sixty.com terkini

SEPANG, 4 Oktober 2017 - Majalah dalam penerbangan AirAsia yang telah memenangi pelbagai anugerah, travel 3Sixty° bakal meraikan ulang tahun ke-10 dengan menganjurkan karnival selama tiga hari dari 6 hingga 8 Oktober 2017 di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.

Acara pembukaan karnival tersebut adalah pelancaran wajah baharu majalah travel 3Sixty° pada 6 Oktober 2017 sempena sambutan ulang tahun sedekad majalah tersebut. Selari dengan wajah baharu majalah itu dan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia ke arah menjadi syarikat penerbangan digital, majalah ini juga akan melancarkan travel3Sixty.com yang telah dinaik taraf.

Pada 7 Oktober 2017 pula, juruterbang AirAsia Kapten Lim Khoy Hing bakal melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Sky Tales: More Insights from a Life in the Skies’ dan Kapten Monika Anggreini bakal mengumumkan buku beliau bertajuk ‘Iron Bird Monika’ yang bakal dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti sesi temu duga terbuka kru kabin, cabutan bertuah, dan banyak lagi di karnival ini. Ada juga tawaran hebat menanti para pengunjung, persembahan istimewa, dan dapatkan baju-T eksklusif AirAsia di mana hasil jualan derma akan disalurkan ke Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA).

Diterbitkan pada tahun 2007, majalah travel 3Sixty° yang boleh didapati dalam semua penerbangan AirAsia telah mencatatkan lebih tiga juta pembaca bulanan. Majalah ini juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Artikel Perjalanan Terbaik Asean di Anugerah ASEANTA ke-25 dan 26, Foto Pelancongan Terbaik di Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-27, Anugerah Platinum ASEAN di Majlis Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur 2014, Anugerah Cetakan Mesra Alam di Malaysia Print Awards 2017 dan banyak lagi. Untuk aktiviti terkini majalah travel 3sixty°, sila ikuti di Twitter (twitter.com/Travel3Sixty) dan Facebook (facebook.com/travel3sixty).

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

News, MalaysiaMinjun YuSepang