AirAsia sumbang RM121,750 kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk membantu pelajar kurang bernasib baik

Press release(121217).jpg

SEPANG, 12 Disember 2017 - AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia hari ini memberikan sumbangan sebanyak RM121,750 untuk disalurkan kepada akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) olehPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. 

Sumbangan syarikat penerbangan itu akan diberikan melalui insentif Geran Sepadan bagi pelajar tahun satu di sekolah bantuan penuh kerajaan berjumlah RM50 bagi setiap seorang pelajar untuk Skim SSPN-i. Melalui sumbangan ini, syarikat penerbangan itu dijangka akan membantu seramai 2,435 pelajar.

Majlis penyampaian cek tersebut telah diadakan pada hari ini di ibu pejabat AirAsia, RedQ, di mana Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menyerahkan cek kepada Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kami berbesar hati untuk menyumbang kepada masa depan para pelajar ini dan menyokong usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami percaya terdapat banyak bakat di negara ini yang akan pergi jauh melalui insentif dan bantuan yang bermanfaat seperti dana yang mencukupi untuk membantu pelajar-pelajar ini. Melalui SSPN-i, kami berharap ibu bapa juga akan mengambil peluang ini untuk mula menabung bagi masa depan anak-anak mereka daripada sekarang agar dapat menampung pendidikan anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi.”

Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionalberkata, “Terima kasih kepada AirAsia Berhad kerana memberikan sumbangan kepada insentif simpanan pendidikan ini. Kami berharap sumbangan ini akan menjadi pemangkin bagi ibu bapa untuk mula dan terus menambung secara konsisten. Selain itu, kami percaya sumbangan ini akan menyuntik motivasi kepada para pelajar untuk lebih tekun dan melanjutkan pelajaran mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi.”

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Awal tahun ini, BIG Prepaid MasterCard dan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional bekerjasama untuk mengalakkan pelajar membayar PTPTN mereka dari 25 Mac hingga 31 Ogos 2017, di mana mereka diberi peluang untuk memenangi Mata Ganjaran AirAsia. Pemenang bagi kempen itu, Nik Azizah binti Nik Amrah yang membawa pulang 100,000 Mata Ganjaran AirAsia telah diumumkan pada majlis penyerahan cek tersebut.

Malaysia, News, EnglishMinjun YuSepang