AirAsia Kembali Dengan Kempen Diskaun 20%

AIRASIA 20% DISCOUNT CAMPAIGN RETURNS!.png

Dapatkan potongan 20% untuk semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan* di AirAsia dan AirAsia X

SEPANG, 6 Februari 2017 - AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk semua penerbangan untuk perjalanan serta-merta sehingga Julai ini.

Promosi ini akan berlangsung dari 6-12 Februari 2017 bagi perjalanan di antara 7 Februari 2017 dan 31 Julai 2017 untuk laluan-laluan penerbangan seperti Kuala Lumpur ke Shantou, Luang Prabang, Pattaya, Perth, Busan; atau Penang ke Johor dan Medan; Johor ke Jakarta, Guangzhou dan pelbagai lagi.

Diskaun ini sah untuk semua tempahan yang dibuat melalui laman web airasia.com, aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih dan laman web AirAsiaGo.com.

Ahli-ahli AirAsia BIG juga boleh mengambil kesempatan dengan promosi ini untuk menebus mata ganjaran AirAsia BIG.

Ketua Pegawai Komersil AirAsia, Siegtraund Teh berkata, "Ini adalah satu kempen promosi yang meluas, dan diskaun 20% ini adalah termasuk tempat duduk Premium Flatbed penerbangan AirAsia X. Melalui promosi ini, lebih ramai rakyat Malaysia kini boleh melakukan perjalanan ke destinasi-destinasi menarik dalam rangkaian penerbangan kami yang meluas, di mana kebanyakan laluan-laluan penerbangan adalah dikendali secara eksklusif melalui AirAsia dan AirAsia X. Tarikh perjalanan promosi ini sangat sesuai untuk merancang perjalanan musim bunga yang akan datang dan kami berharap para tetamu kami tidak melepaskan peluang keemasan ini.”

Para tetamu adalah digalakkan untuk membuat pra-tempahan makanan mereka untuk memastikan kesediaan dan servis yang terbaik – makanan panas termasuk satu minuman percuma boleh didapati di pra-tempahan dalam talian dari hanya serendah RM10. Sepanjang tempoh promosi ini, para tetamu yang membuat pra-tempahan insuran untuk perjalanan mereka juga akan mendapat rebat eksklusif
sebanyak 20%
.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah utama dan terbesar di Asia, menyediakan perkhidmatan rangkaian penerbangan terluas ke lebih 120 destinasi di Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Afrika. AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus ke serata 10 negara Asia, termasuk kira-kira 60 laluan yang unik di rantau ini.

Ia juga adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus ke semua 10 negara Asean, termasuk kira-kira 60 laluan yang unik di rantau ini.

AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik untuk lapan tahun berturut-turut oleh Skytrax dan Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia bagi empat tahun berturut-turut oleh ‘World Travel Awards’.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Sah hanya untuk tambang asas. Tambang promosi tidak boleh didapati semasa musim puncak. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Malaysia, NewsMinjun YuSepang