AirAsia Runway Ready Designer Search beri peluang pereka fesyen Asean tonjol bakat

  • AirAsia memperluaskan pencarian AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 ke semua 10 buah negara Asean.
  • Ujibakat akan berlangsung di setiap ibu kota negara bermula dari bulan April hingga Jun 2017.
  • 2 pereka terbaik dari setiap negara akan mewakili negara mereka dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM350,000 dan pengalaman berharga daripada pakar-pakar industri.

SEPANG, 8 Februari 2017 - Pereka fesyen diseluruh rantau Asean akan menerima peluang keemasan dengan pelancaran pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 yang kini diperluaskan ke semua 10 buah negara Asean tahun ini.

Ujibakat pertandingan tersebut akan berlangsung di setiap ibu kota negara Asean dari bulan April hingga Jun 2017. 2 orang pereka muda terbaik akan mewakili negara mereka ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini.

Pemenang pencarian pereka fesyen serantau ini akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM350,000 termasuk satu slot di KL Fashion Week Ready To Wear 2018, wang RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul yang akan dijual di laman web fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, serta tiket penerbangan AirAsia dan banyak lagi.

Pereka fesyen terkemuka dari setiap negara seperti Q Design and Play dari Thailand, Anthony Ramirez dari Filipina dan Mel Ahyar dari Indonesia akan menjadi sebahagian daripada panel juri bagi ujibakat di setiap ibu kota negara, sementara pengasas KL Fashion Week Ready To Wear, Andrew Tan dan pengasas FashionValet, Vivy Yusof akan menjadi panel juri tetap diseluruh Asean untuk ujibakat yang dijalankan.

Pereka fesyen Terkenal Malaysia, Alia Bastamam serta Yang Mei Ling, pengarang majalah FEMALE Malaysia juga akan menjadi sebahagian daripada panel juri untuk ujibakat di Malaysia.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Asean merupakan negara serantau yang kaya dengan pelbagai budaya dan telah memberi inspirasi kepada pereka-pereka fesyen di seluruh dunia. Asean juga mempunyai bakat-bakat yang besar dimana kami berharap dapat membantu mereka membina nama dalam industri fesyen melalui pertandingan ini. Kami bangga untuk mengumumkan bahawa pencarian tahun ini telah diluaskan ke semua 10 buah negara Asean dan kami tidak sabar untuk melihat kreasi yang akan dibawa oleh para peserta ke pertandingan tahun ini.”

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear berkata, “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan AirAsia sekali lagi untuk pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2017. Tahun lepas kami telah menyaksikan rekaan yang hebat dan ini membuatkan kami lebih semangat untuk melihat apa yang akan dipersembahkan pada tahun ini dari peserta dari 10 buah negara Asean. Tanpa keraguan, AirAsia Runway Ready Designer Search merupakan acara pencarian pereka fesyen terkemuka di rantau Asean. Pendedahan yang besar diberikan pada ke semua finalis melalui media dan pengalaman industri akan mempercepatkan jurang impiani bagi mereka yang berhajat untuk mempunyai jenama mereka sendiri satu hari nanti. Kami tidak sabar untuk melihat ke semua finalis mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2017 Ogos ini.”

Vivy Yusof, Pengasas FashionValetberkata, “Saya amat teruja menjadi sebahagian daripada panel juri untuk musim ketiga AirAsia Runway Ready Designer Search ini - musim yang terbesar setakat ini! Pengalaman tahun lepas adalah sangat menarik, namun pada tahun ini saya yakin bahawa pertandingan ini akan menjadi lebih luar biasa. Peluang sebegini sukar diperolehi bagi pereka di Asean, kami harap untuk melihat pelbagai rekaan dan kreativiti.”

Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada individu bagi mana-mana warganegara, berumur bawah 30 tahun yang menetap di mana-mana 10 buah negara Aseani.Tiga (3) lakaran berinspirasikan destinasi Aseanperlu disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turun di laman klfashionweek.com. Para peserta juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan menghantar e-mel ke aarrds2017@klfashionweek.com.

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KL Fashion Week Ready To Wear 2017 dan akan menerbangkan pereka fesyen melalui rangkaian laluan luas AirAsia termasuk dari India, China, Australia, Jepun dan Korea Selatan untuk menyertai Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 dari 16 - 20 Ogos 2017.

Ikuti saluran Youtube AirAsia (youtube.com/user/AirAsia) untuk webisodes yang akan memaparkan perjalanan semua peserta atau ikuti hastag #AirAsiaRunway di saluran media sosial yang lain seperti Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

Malaysia, NewsMinjun YuSepang