AirAsia Airbus A330 akan terbang ke Maldives dan Macau untuk tempoh sebulan dengan penambahan penerbangan bagi memenuhi permintaan yang meningkat!

  • Terbang dengan pesawat AirAsia Airbus A330 terus ke Maldives dengan tambang termasuk semua dari RM169 dan ke Macau dengan tambang termasuk semua dari RM129 mulai 19 April hingga 18 Mei 2017
  • Penambahan kekerapan penerbangan tersedia untuk destinasi pelancongan seperti Kaohsiung, Siem Reap, Da Nang, Hanoi, Pontianak dan Semarang
  • Tempahan untuk laluan baharu kini dibuka seperti Kuala Lumpur-Bhubaneswar, Johor Bahru-Tawau, Johor Bahru-Langkawi dan Kuching-Pontianak

SEPANG, 18 April 2017 - Nikmati percutian yang ideal ke pulau idaman Maldives atau bandar Macau yang mempersonakan dengan pesawat AirAsia Airbus A330 mulai April ini hingga Mei. AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia yang menyediakan penerbangan terus kedua-dua destinasi tersebut akan dioperasikan dengan pesawat Airbus A330 untuk tempoh satu bulan bagi memenuhi permintaan yang tinggi disamping penambahan kekerapan penerbangan ke destinasi-destinasi lain.

Pesawat Airbus A330 mempunyai kapasiti 377 tempat duduk di mana para tetamu juga boleh mencuba 12 tempat duduk Premium Flatbeds bagi menikmati lebih keselesaan di dalam pesawat. AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM169* sehala untuk tempat duduk ekonomi, dan dari RM599* sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Maldives. Manakala penerbangan Kuala Lumpur ke Macau pula ditawarkan dengan tambang termasuk semua bermula dari RM129* sehala untuk tempat duduk ekonomi, dan dari RM599* sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds

Tempahan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 23 April 2017 untuk tempoh perjalanan dari 19 April 2017 hingga 18 Mei 2017. Para tetamu boleh layari laman sesawang airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone atau peranti Android untuk mendapatkan tambang promosi ini.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Penerbangan ke Maldives dan Macau merupakan dua destinasi prestasi tinggi dan kami gembira dengan penambahan kapasiti yang dioperasikan dua laluan ini menggunakan pesawat Airbus A330 untuk tempoh satu bulan dan menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan bagi para tetamu yang merancang ke dua destinasi ini. Kumpulan AirAsia fokus dalam menyediakan laluan sambungan terbaik bagi para tetamu dan kami dapat berbuat demikian dengan menggunakan aset sedia ada dari kumpulan syarikat penerbangan kami. Pesawat Airbus A330 ini akan menyediakan 197 tempat duduk tambahan berbanding pesawat A320 dalam setiap penerbangan. Kami mengalakkan para tetamu untuk mengambil kesempatan dari tawaran ini yang menyediakan lebih banyak tempat duduk, nilai lebih tinggi dan lebih banyak perkhidmatan.”

“Kami juga gembira untuk mengembangkan sambungan laluan kami dengan penambahan kekerapan penerbangan ke pelbagai destinasi lain seperti Kaohsiung, Siem Reap, Da Nang, Hanoi, Pontianak dan Semarang." 

Keseronokan menanti pelancong seluruh Asia dimana AirAsia juga akan meningkatkan jumlah kekerapan penerbangan secara beransur-ansur dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung (kepada 7x seminggu), Siem Reap (kepada 14x seminggu), Da Nang (kepada 10x seminggu), Hanoi (kepada 11x seminggu), Pontianak (kepada 7x seminggu) dan Semarang (kepada 7x seminggu). Untuk jadual terperinci dan maklumat lanjut, sila layari www.airasia.com.

Penambahan laluan baharu AirAsia yang akan mula beroperasi tidak lama lagi juga kini boleh didapati untuk tempahan termasuk dari Kuala Lumpur ke Bhubaneswar (4x seminggu), Johor Bahru ke Tawau (4x seminggu), Johor Bahru ke Langkawi (4x seminggu) dan Kuching ke Pontianak (7x seminggu).

Dapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti, berita, dan promosi melalui Facebook  (facebook.com/AirAsia) and Twitter (twitter.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Malaysia, NewsMinjun YuSepang