AirAsia Bakal Siar Siri Kembara ‘Adventure Live’ Secara Langsung Sempena Kempen Visit Asean@50

150617.jpg

2 hos, 6 minggu dan 6 bandar Asean - bakal diterokai secara langsung di laman Facebook AirAsia

SEPANG, 15 Jun 2017 - Lebih 10 juta pengikut Facebook AirAsia bakal menyaksikan siri kembara penuh interaktif bertajuk ‘Adventure Live,’ yang bakal bersiaran secara langsung terus dari enam destinasi di Asia Tenggara melalui Facebook Live. Siri kembara tersebut merupakan sebahagian daripada kempen ‘Live Life Unexpected’ oleh AirAsia untuk menyokong inisiatif ‘Visit Asean@50’ bagi menarik lebih ramai tetamu untuk menerokai keunikan negara-negara Asean.

Siri istimewa yang dihasilkan melalui kerjasama Tune Protect dan diterbitkan oleh syarikat perfileman tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah, We are KIX ini bakal memulakan siaran pada 16 Jun 2017 di Hanoi, Vietnam sebelum menerokai Cebu, Filipina (23 Jun); Yangon, Myanmar (30 Jun); Lombok, Indonesia (7 Julai); Phnom Penh, Kemboja (14 Julai); dan Luang Prabang, Laos (21 Julai), pada minggu seterusnya secara langsung hanya di laman Facebook AirAsia (facebook.com/AirAsia).

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Tahun ini merupakan tahun yang penting bagi Asean kerana ia menyambut ulang tahun ke-50, dan sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang terbang ke semua 10 negara Asean, kami amat teruja untuk menyambut acara ini secara besar-besaran. Kami percaya dengan siri ‘Adventure Live’ di Facebook, kami akan terus menghubungkan para tetamu di Asean dan serantau melalui cara yang inovatif, selari dengan langkah pendigitalan kami.”

Beliau menambah, “Siri yang disiarkan secara langsung ini juga bakal melakar keindahan Asean di persada dunia dengan cara yang unik menggunakan teknologi, prop dan pengembaraan sebenar. Kami juga berharap untuk menarik minat para penonton untuk menerokai pengembaraan baharu di sekitar 80 destinasi Asean yang tersedia dan nikmati kadar tetap dengan AirAsia Asean Pass.”

Ion Furjanic, Director of We are KIX menggambarkan projek itu sebagai sebuah siri yang “membawa anda menerokai pelbagai budaya lain walau di mana anda berada”. Beliau menambah, “Teknologi yang bertambah pesat sejak lima tahun lalu, telah merealisasikan impian kami di KIX. ‘Adventure Live’ bakal menampilkan tajuk dan prop secara langsung, seterusnya memberikan kelainan dalam konsep ini melalui pergerakan stabil, audio sempurna, dan muzik yang dimainkan secara langsung. Ia merupakan sebuah anjakan yang besar dalam potensi penghasilan video secara langsung.”

Bandar-bandar Asean tersebut akan diterokai oleh personaliti terkenal, Natalie Kniese dan Denise Chan di mana para penonton juga boleh turut serta dalam memutuskan pengembaraan mereka seterusnya melalui sistem undian dalam setiap episod. Di samping itu, 20 penonton bertuah berpeluang untuk memenangi daripada 1 juta mata ganjaran AirAsia BIG sepanjang siri ini.

‘Adventure Live’ bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat jam 5 petang (GMT+8) bermula 16 Jun 2017. Saksikan sedutannya dihttps://www.facebook.com/AirAsia/videos/10155357367882387/.

Ikuti perkembangan promosi dan aktiviti AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).