Sila tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum waktu berlepas bagi mengelakkan kesesakan musim perayaan

SEPANG, 23 Jun 2017 - AirAsia dan AirAsia X sekali lagi ingin mengingatkan para tetamu yang akan terbang semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk tiba lebih awal di lapangan terbang bagi menyelesaikan kesemua formaliti penerbangan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku semasa musim perayaan ini.

Tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X.

AirAsia juga ingin mengingatkan para tetamu supaya daftar masuk sendirisama adamelalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masukbagi memudahkan perjalanan mereka. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan tamat 1 jam sebelum waktu berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia, dan sehingga 4 jam sebelum perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

Kiosk daftar masuk sendiri dan tag bagasi sendiritersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Lapangan Terbang Labuan, Lapangan Terbang Miri, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Tawau.

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk di daftar masuk, kaunter bagasi tutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi, dan di kaunter imigresen semasa musim ini, anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

Tetamu yang membuat tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. Kakitangan AirAsia yang berada di lapangan terbang bersedia untuk membantu dan memastikan perjalanan yang lancar untuk semua disepanjang tempoh sambutan perayaan Aidilfitri.

Setiap seorang tetamu hanya dibenarkan membawa SATU beg cabin (berdimensi 56 x 36 x 23cm, termasuk pemegang dan roda) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan (berdimensi 40 x 30 x 10cm) di atas pesawat. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkantidak harus melebihi 7kg. Para tetamu juga disarankan untuk pra-tempah peruntukan berat bagasi untuk lebih penjimatan. Pilih ‘Urus Tempahan Saya’ untuk menambah berat bagasi di laman airasia.com sehingga empat jam sebelum waktu berlepas, atau menerusi aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Para tetamu juga dinasihatkan untuk pra-tempah hidangan dalam talian, untuk memastikan hidangan pilihan akan disediakan kepada mereka. Pra-tempahan boleh dibuat hingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan menerusi ‘Urus Tempahan Saya’.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua. Ikuti perkembangan promosi dan aktiviti AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).