AirAsia X mendarat di Honolulu, Hawaii!

280617.jpg

Inaugural flight marks successful maiden entry into the US

HONOLULU, 28 Jun 2017 - Penerbangan D7 001 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye pada hari ini dengan faktor muatan memberangsangkan melebihi 90%, menandakan penerokaan syarikat penerbangan tambang rendah terbang jauh, AirAsia X buat julung kali ke pasaran Amerika Syarikat. 

Laluan empat kali seminggu ini berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun.

Penerbangan sulung ini diikuti dengan satu majlis sambutan dan sesi sidang media di Royal Hawaiian Hotel pada hari ini disempurnakan oleh Ketua Staf Hawaii Mike McCartney; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelancongan Hawaii George D. Szigeti; dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz berkata, “Di sini kami ingin memudahkankan perjalanan udara untuk semua supaya penerbangan tidak lagi menjadi satu kemewahan hanya yang segelintir orang boleh nikmati. Laluan mercu tanda ke Hawaii ini adalah satu lakaran babak baharu yang berani dalam usaha membantu lebih ramai orang melancong lebih jauh dengan harga yang lebih rendah. Namun ini hanyalah satu permulaan, dan tidak lama lagi tetamu kita akan menikmati penerbangan ke lebih banyak lagi destinasi di Amerika Syarikat apabila kami terus mengembangkan jejak tapak kami ke persada antarabangsa.

Minggu lepas, AirAsia dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama sembilan tahun berturut-turut sementara AirAsia X memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan anugerah Tempat Duduk Premium buat lima tahun berturut-turut di Majlis Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax yang diadakan di Pertunjukan Udara Paris.

“Kami amat teruja AirAsia X telah memilih Honolulu sebagai destinasi permulaan untuk memperluaskan perkhidmatan di Amerika Syarikat dan menghargai bagaimana laluan ini memperkukuhkan hubungan kami dengan orang dan budaya Malaysia,” George D. Szigeti, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Pihak Berkuasa Pelancongan berkata.

“Tetamu AirAsia X di Kuala Lumpur dan Osaka akan menikmati kemudahan perkidmatan terus dan bagaimana laluan ini menghubungkan mereka dengan dialukan oleh semangat aloha yang merupakan kebudayaan Hawaii, kecantikan semulajadi pulau-pulau yang menakjubkan dan kepelbagaian pengaruh Asia Pasifik yang memperkayakan pengalaman ketika berada Hawaii.”

Bagi menyambut penerbangan sulungnya, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM899* untuk tempat duduk standard atau RM2,999* untuk pemenang anugerah Flatbed Premium dari Kuala Lumpur ke Honolulu. Promosi tambang ini yang tersedia di airasia.com dari sekarang sehingga 2 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2017 dan 28 Ogos 2018.

Penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun untuk tempoh persinggahan selama dua jam dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing dalam penerbangan setelah melalui sebarang pemeriksaan bagasi atau barangan oleh pihak sekuriti.

Penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Hawaii, yang digelar sebagai syurga Pasifik, dibentuk daripada lapan pulau yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik. Terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan budaya asli yang unik, syurga tropika adalah satu-satunya negeri AS yang terletak di Oceania.

Honolulu, merupakan ibu kota Hawaii yang berada di pulau yang berpopulasi tertinggi iaitu pulau O’áhu di mana pantai Wakiki terletak, pantai indah ini dahulu merupakan kawasan percutian buat raja dan permaisuri Hawaii.

Dapatkan informasi AirAsia mengenai aktiviti dan promosi terkini melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

*Tambang sehala termasuk semua cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.