Atlet Olimpik Ben Proud mengasah bakat muda dengan kerjasama AirAsia

080917.jpg

Lapan perenang muda dari Malaysia berumur 12-15 tahun dilatih secara eksklusif oleh Ben Proud di Phuket, Thailand

PHUKET, 8 September 2017 - Lapan perenang muda berbakat dari Malaysia telah berpeluang menjalani pengalaman latihan eksklusif selama dua hari bersama atlet Olimpik, Ben Proud dan para jurulatih AquaElite di Phuket, Thailand sempena program penutup “AirAsia presents Ben Proud’s Talent Pool” bagi tahun ini.

Program pembangunan bakat tahunan ini adalah sebahagian daripada jalinan kerjasama selama 4 tahun di antara AirAsia dan perenang Olimpik British tersebut dalam menyokong usaha beliau untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo, Jepun pada tahun 2020.

Rudy Khaw, Ketua Bahagian Penjenamaan Kumpulan AirAsia berkata, ”AirAsia telah merealisasikan impian jutaan tetamu untuk terbang. Kerana kami percaya bahawa impian boleh dicapai dan kami ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan impian bakat-bakat muda untuk berjaya menjadi pemegang pingat Olimpik melalui klinik kejurulatihan bersama atlet bertaraf dunia. Tahun ini, kami telah mengadakan klinik kejurulatihan bersama Ben Proud di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, di mana lebih 150 remaja telah mengambil bahagian. Melalui sesi-sesi tersebut, lapan bakat muda telah dipilih untuk mengikuti latihan eksklusif di Phuket. Kami berharap agar bakat-bakat terpilih ini menikmati sesi intensif bersama Ben Proud dan mengikuti sifat ‘Dare To Dream’ beliau untuk melangkah lebih jauh bagi mencapai cita-cita mereka.”

Ben Proud berkata, “Kerjasama pertama bersama AirAsia pada tahun ini adalah sangat membanggakan, kerana kami dapat memupuk dan mengasah bakat di kalangan komuniti renang muda di rantau Asean, di mana semua peserta dalam program ini telah mengagumkan saya melalui dedikasi dan keazaman mereka, dan saya berharap untuk meneruskan kerjasama ini dalam tempoh tiga tahun akan datang. Sesi hujung minggu ini telah memberikan para peserta pengalaman menyeluruh tentang persediaan dan rutin harian bagi seorang atlet profesional.

“Saya juga berpegang kepada kata-kata ‘Biarkan kejayaan berbicara’ untuk terus fokus dalam perjalanan karier saya dan saya benar-benar berharap kata-kata ini dan klinik kejurulatihan renang yang telah diadakan dapat memberi inspirasi kepada semua peserta, kerana kerja keras dan dedikasi adalah kunci kejayaan untuk mencapai impian anda.”

Lapan perenang muda ini telah dipilih daripada sejumlah 150 peserta yang mewakili pelbagai kelab renang dan sekolah tempatan untuk menyertai klinik kejurulatihan terdahulu yang diadakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Mereka juga telah dibawa ke Thanyapura, Phuket untuk menjalani latihan profesional yang diketuai oleh pemenang Pingat Olimpik, Ben Proud dan juruatih AquaElite - Antony James, bekas atlet Olimpik dan Matthew Zammit, perenang Negara Malta.

Kem latihan intensif selama 2 hari ini juga merangkumi latihan jasmani untuk meningkatkan kekuatan dan keserasian badan, sesi pembelajaran yang memberi tumpuan kepada aspek psikologi dan fisiologi sukan, serta sesi berenang untuk meningkatkan aspek taktikal dalam sukan renang kompetitif.

Ben Proud adalah salah seorang daripada barisan atlet AirAsia di bawah kempen #DARETODREAM bersama atlet-atlet negara lain, termasuklah jaguh trek berbasikal negara Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa, serta penerjun negara, Leong Mun Yee. AirAsia turut bekerjasama dengan atlet bina badan Faiz Ariffin dan pemandu go-kart, Muizzuddin Musyaffa. Selain itu, AirAsia juga menaja Liga Ragbi Malaysia AirAsia dan Liga Junior KL AirAsia serta mempunyai lebih banyak perancangan untuk kempen ini di masa hadapan.

Ikuti perjalanan impian AirAsia melalui hashtag #daretodream atau maklumat terkini AirAsia dan aktiviti di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Malaysia, NewsMinjun YuPhuket