AirAsia raih anugerah emas di Anugerah Jenama Putra 2018 bagi tahun kesembilan berturut-turut

 AirAsia raih anugerah emas di Anugerah Jenama Putra 2018 bagi tahun kesembilan berturut-turut

AirAsia raih anugerah emas di Anugerah Jenama Putra 2018 bagi tahun kesembilan berturut-turut

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2018 - AirAsia telah meraih anugerah emas di bawah kate­gori Pengangkutan, Perjalanan serta Pelancongan bagi tahun kesembilan berturut-turut di majlis Anugerah Jenama Putra 2018.

Anugerah tersebut diterima oleh para kru kabin AirAsia, yang merupakan duta jenama syarikat penerbangan itu di Hotel Majestic, Kuala Lumpur semalam.

Diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Anugerah Jenama Putra yang berprestij ini mengukur jenama berdasarkan pilihan pengguna dalam pelbagai kategori.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Group Rudy Khaw berkata, “Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi menjadi pilihan para pengguna untuk tahun kesembilan berturut-turut. Kami percaya bahawa tambang rendah tidak bermakna perkhidmatan berkualiti rendah dan anugerah ini menjadi bukti bahawa tambang rendah mempunyai lebih nilai apabila jenama kami terus menjadi pilihan dan aspirasi kepada para tetamu kami.”

Dianjurkan oleh Persatuan Ejen Periklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Anugerah Jenama Putra meru­pakan anugerah jenama utama di Malaysia.

Anugerah tersebut menggunakan metodologi penyelidikan yang menyeluruh merangkumi 6,000 pengguna yang mengambil bahagian untuk menentukan jenama pilihan Malaysia dalam pelbagai kategori, dengan tiga jenama teratas yang terpilih dianugerahkan Emas, Perak atau Gangsa.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).