AirAsia Sambut Setengah Bilion Tetamu! Hasil Enam Belas Tahun Mengerah Keringat

Tetamu ke-500 juta AirAsia, Dr Panut Oprasertsawat (tengah kanan) menerima 3 juta Mata Ganjaran AirAsia, baucar Vidi bernilai THB50,000 dan penerbangan AirAsia percuma seumur hidup daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes dan selebriti Thai, Pope Thanawat (dua dari kanan).

BANGKOK, 15 Mei 2018 – Dalam hanya enam belas tahun, AirAsia telah menerbangkan lebih 500 juta orang tetamu ke lebih 130 destinasi, yang kebanyakannya laluan unik yang hanya dikendalikan oleh AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami bermula pada tahun 2001 dengan hanya dua buah pesawat dan 200 kakitangan Allstars di Malaysia serta membawa 200,000 orang tetamu. Hari ini, kami memiliki lebih daripada 200 buah pesawat, lebih 20,000 kakitangan Allstars daripada 50 warganegara dan menerbangkan setengah juta orang tetamu, yang mana 60 peratus daripadanya adalah penumpang kali pertama. Setengah bilion tetamu adalah satu angka yang besar - ia merupakan 7 kali penduduk Thailand, 16 kali penduduk Malaysia, dan kira-kira 80 peratus penduduk di serata Asean (640 juta, 2018*).

“Terima kasih kepada setiap seorang tetamu yang telah terbang bersama AirAsia. Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman penerbangan anda dan memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada semua orang di seluruh dunia, terutama sekali di Asean, seterusnya merapatkan jurang yang ada. Kami juga berbangga kerana telah menyumbang secara positif kepada ekonomi di rantau ini melalui sektor pelancongan dan peluang pekerjaan,” tambah beliau.

Dr Panut Oprasertsawat yang berumur 34 tahun telah dinobatkan sebagai tetamu AirAsia ke-500 juta, apabila beliau terbang dari Phuket ke Bangkok Don Mueang pada 18 Mac 2018.

Dr Panut Oprasertsawat berkata, “Saya sering terbang antara Bangkok dan Phuket untuk bekerja. AirAsia sentiasa menjadi pilihan kerana ia menawarkan kekerapan penerbangan yang tinggi, harga berpatutan dan perkhidmatan yang sangat baik. Kerana inilah saya berjaya menguruskan perniagaan saya di kedua-dua lokasi itu sepanjang sedekad yang lalu dan saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.”

AirAsia berbangga menjadi peneraju pasaran bagi hubungan udara dalam Asean. Sejak ia mula diperkenalkan, AirAsia telah memulakan pelbagai laluan baharu yang belum pernah dilalui, termasuklah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, untuk merapatkan jurang antara satu sama lain dan meningkatkan aktiviti ekonomi. Syarikat penerbangan ini juga merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan penerbangan antarabangsa ke Bandung, Indonesia, yang kini menjadi hab antarabangsa utama.

Baru-baru ini, sebuah syarikat dalam industri penerbangan yang berpangkalan di UK, OAG melaporkan bahawa laluan Singapura-Kuala Lumpur merupakan rangkaian udara paling sibuk di dunia, yang mana AirAsia kini memegang kapasiti terbesar.

AirAsia juga telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax sebanyak sembilan kali berturut-turut dari tahun 2009 hingga 2017. AirAsia juga telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi lima tahun berturut-turut di Anugerah Perjalanan Dunia 2017, dan menerima anugerah pertama bagi Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia.

Syarikat penerbangan ini juga telah menunaikan impian para Allstars seperti Kugan Tangiisuran, yang bermula sebagai penghantar surat dan kini menjadi seorang juruterbang bersama; Logan Velaitham, yang merupakan seorang kru kabin dan kini mengetuai AirAsia Singapura sebagai Ketua Pegawai Eksekutif; juruterbang wanita komersil pertama di Malaysia, Kapten Norasikin Che Onn dan banyak lagi.

AirAsia akan membawa sambutan #halfabillion ke destinasi terpilih di rantau ini, serta di lapangan terbang dan di udara. Para tetamu juga dapat melihat video perjalanan mereka yang diperibadikan dengan AirAsia apabila mereka log masuk ke halfabillion.airasia.com.

* https://www.statista.com/statistics/796222/total-population-of-the-asean-countries/