AirAsia dan zer0hunger.org jalin kerjasama untuk membantu komuniti Orang Asli melalui airasia grocer

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2021 - Berikutan kejayaan Pek Nilai Kita Jaga yang telah dilancarkan baru-baru ini untuk menyediakan akses makanan berkhasiat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, AirAsia terus memperkukuh kolaborasi bersama zer0hunger.org, platform Tindakan Impak Sosial Lestari untuk membantu komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Gabai Hulu Langat, Selangor pada 17 Oktober 2021.     

Lawatan ke Kampung Orang Asli tersebut diketuai oleh Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited; Joanna Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif airasia farm; dan Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia Super App bersama Zer0Hunger. 

Lawatan tersebut bertujuan untuk menyediakan akses makanan yang berkhasiat dan sihat kepada komuniti berpendapatan rendah dan yang berada di kawasan luar bandar. Kem perubatan juga turut  dijalankan semasa lawatan ini oleh doktor sukarelawan.   

Professional Kesihatan dari Pusat Pakar UM menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk komuniti tempatan dan pasukan airasia grocer menyumbang lebih 70 Pek Nilai Kita Jaga dan Pek Nilai Edisi Terhad Kanak-kanak untuk membantu komuniti tersebut. Kakitangan AirAsia (Allstars) juga menjalankan pelbagai aktiviti dan mengagihkan bar berkhasiat (dibuat khas oleh sukarelawan Allstars) kepada kanak-kanak untuk mendorong mereka untuk menyimpan impian yang juga merupakan salah satu nilai teras AirAsia.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited berkata, “Membantu mereka yang memerlukan adalah sejajar dengan jenama AirAsia. Kami berharap kolaborasi bersama Zer0Hunger ini akan memberi harapan kepada komuniti Orang Asli yang terkesan akibat COVID-19 di Malaysia. Kami percaya melalui kerjasama ini, kami dapat mengurangkan beban komuniti tersebut dan pada masa yang sama membantu mereka mengharungi waktu pandemik ini bersama-sama.       

“Kami percaya bantuan yang disalurkan haruslah bukan sekadar menyediakan makanan, malah ia sepatutnya menyediakan kesejahteraan dan khasiat kepada mereka. Justeru, kami menyediakan pek istimewa dari airasia grocer untuk menyediakan makanan paling berkhasiat untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.  

Nik Adina Taty Zainin, Pengasas bersama Zer0Hunger berkata, “Kami perlu memperkenalkan inovasi baharu untuk menyebarkan maklumat mengenai amalan sihat di kalangan komuniti luar bandar. Sudah tiba masanya untuk menggunakan cara praktikal daripada teori untuk memastikan komuniti dan kanak-kanak kita terus kekal sihat.”  

“Selain daripada ekosistem AirAsia yang lengkap dalam menyediakan penghantaran bantuan hingga ke kawasan pendalaman, inisiatif baharu ini juga menyediakan nutrien ‘Goodness Bars’ serta pek makanan berkhasiat kepada kanak-kanak kekurangan zat makanan dan ini merupakan satu perubahan untuk mengatasi isu kelaparan dan makanan berkhasiat.”  

Individu atau organisasi yang ingin bekerjasama atau menyumbang melalui airasia grocer untuk membantu mereka yang memerlukan boleh menghubungi grocerpartner@airasia.com untuk maklumat lanjut.  

Penderma juga boleh membeli Pek Nilai Kita Jaga yang berpatutan dari airasia grocer melalui kitajaga.co atau klik pada ikon ‘grocer’ di airasia Super App. Setiap pek dijual pada harga berpatutan RM79 (Besar) atau RM43 (kecil) dan penderma boleh memilih daripada lima Pek Nilai berlainan berdasarkan keperluan mereka: makanan kering, makanan tambahan kesihatan, makanan segar, makanan bayi dan susu tepung.  

airasia grocer terus menperkembang perkhidmatan mereka dan peniaga yang berminat untuk mendaftar bersama airasia Super App boleh mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook. 

*Untuk semua sumbangan wang, sila salurkan terus kepada Zer0Hunger di  8604598755 CIMB BANK 

Rujukan: GROCER