airasia ride lancar perkhidmatan di Pulau Pinang dengan tawaran menarik
Sedia lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk Pulau Pinang dan kadar yang kompetitif
Guna kod promosi FREERIDE untuk perjalanan percuma setiap hari bermula sekarang hingga 3 November
GEORGE TOWN, 30 OKTOBER 2021 - Setelah melancarkan perkhidmatan e-panggilan di Lembah Klang dan Langkawi, airasia ride kini dilancarkan di Pulau Pinang hari ini, menyediakan lebih kemudahan dan penjimatan dengan kadar yang kompetitif untuk penduduk Pulau Pinang dan peluang pendapatan lebih baik untuk pemandu.
Pelancaran perkhidmatan e-panggilan airasia ride telah dilancarkan hari ini oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia dan Ketua Penghantaran (e-Dagang) airasia Super App, Lim Ben Jie.
Untuk meraikan pelancaran ini, para penumpang boleh menikmati Perjalanan Percuma setiap hari bermula hari ini hingga 3 November 2021 dengan kod promosi FREERIDE. Perkhidmatan e-panggilan airasia ride boleh ditempah pada ikon ‘Ride’ di airasia Super App.
YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada pasukan airasia Super App dengan pelancaran airasia ride di Pulau Pinang. AirAsia merupakan pemain penting dalam menyokong pelancongan dan aktiviti ekonomi di Pulau Pinang sejak penubuhannya pada tahun 2002 dan kami memuji usaha mereka untuk menyumbang kepada industri e-panggilan dan e-dagang di Pulau Pinang. Industri pelancongan dijangka akan pulih tidak lama lagi dan airasia ride bukan sahaja akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk di Pulau Pinang, malah akan menyediakan lebih banyak pilihan yang berpatutan kepada pelancong yang ingin menerokai Pulau Pinang.
“Selain daripada individu yang berminat untuk menyertai airasia ride sebagai pemandu, kami berharap penduduk Pulau Pinang terutamanya pemilik restoran dan pemilik perniagaan kecil tempatan akan memanfaatkan tawaran lain pada airasia Super App seperti airasia food dan airasia grocer yang telah dilancarkan baru-baru untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan memperkembangkan lagi jangkauan pasaran mereka. Kami berharap airasia akan melancarkan perniagaan e-dagang lain yang tersedia di airasia Super App ke Pulau Pinang pada masa hadapan untuk membantu memulihkan ekonomi tempatan.”
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia berkata, “Pada masa ini, airasia ride tersedia di Lembah Klang, Langkawi dan kini di Pulau Pinang. Kami melancarkan airasia ride dengan mengutamakan pemandu agar mereka boleh memilih pekerjaan yang selesa dan menawarkan tambang yang berpatutan kepada para pelanggan. Pemandu yang senang hati penting untuk memberikan perkhidmatan dengan berkualiti dan sebab itulah kami merupakan perkhidmatan e-panggilan pilihan ramai. Kami berharap untuk mendemokrasikan perniagaan e-panggilan dengan mempraktikkan model kos rendah dengan ciri-ciri dan keselamatan tertinggi untuk memberikan lebih penjimatan kepada para pelanggan. Atas sebab inilah, tambang kami lebih rendah sebanyak 10-15 peratus dan mampu menawarkan nilai terbaik dalam pasaran e-panggilan yang berdaya saing. Kini pelanggan di Pulau Pinang dapat menikmati tawaran terbaik bukan sahaja untuk penerbangan tetapi juga apabila mereka menempah perjalanan dengan tambang terendah, semua melalui satu platform yang mudah iaitu airasia Super App.
“Selain itu, airasia ride mengamalkan strategi ‘mengutamakan pemandu’ yang membolehkan mereka menerima pendapatan keseluruhan lebih tinggi dan menikmati kehidupan lebih baik kerana 85 peratus daripada tambang tersebut diberikan kepada para pemandu. Mereka juga diberi kebebasan untuk memilih kekerapan dan jumlah tempahan mengikut keselesaan dan ketersediaan mereka” tambah Lim.
Pemandu airasia ride juga mempunyai kelebihan tambahan untuk memanfaatkan jenama syarikat penerbangan dalam memperolehi pelanggan untuk perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang. Para tetamu AirAsia akan diberi pilihan untuk menempah perjalanan apabila membeli tiket penerbangan mereka, membolehkan pemandu mendapat lebih banyak peluang panduan dengan lebih awal dan menguruskan masa mereka dengan lebih baik. Para pemandu juga akan mempunyai informasi ketibaan penumpang dalam masa nyata, membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan mengurangkan masa menunggu supaya mereka boleh membuat lebih banyak perjalanan dan menjana lebih banyak pendapatan.
Untuk kemudahan para penumpang, mereka juga boleh membuat tempahan mengikut permintaan (on-demand) atau pra-tempahan lebih awal. Antara ciri khas lain yang tersedia adalah pilihan ‘Allstar Ride’ yang dipandu oleh juruterbang atau kru kabin AirAsia.
Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan airasia ride boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk pendaftaran.
Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride yang akan tersedia tidak lama lagi, ikuti @airasiasuperapp di Instagram.