AirAsia sedia 113 penerbangan mingguan ke Sarawak mulai 1 Nov
Tambang promosi RM99 sehala untuk penerbangan antara Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama Sarawak
SEPANG, 30 October 2021 - AirAsia mengalu-alukan pengumuman Menteri Pengangkutan Negeri Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke negeri tersebut bermula 1 November 2021, seterusnya merancakkan sektor penerbangan dan mengurangkan lagi tambang untuk manfaat penumpang.
AirAsia sehubungan itu menyatakan komitmen untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memberikan mereka pengalaman perjalanan yang selamat dan berharap untuk membawa lebih ramai pelancong ke Sarawak. Sempena pengumuman ini, para tetamu boleh menempah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu dengan tambang serendah RM99 sehala. Penerbangan ini sedia ditempah di airasia Super App sekarang dengan menekan ikon ‘Flights’ untuk tempoh perjalanan bermula 1 November 2021 sehingga 31 Mac 2021. Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit juga boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “AirAsia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) berikutan pengumuman peningkatkan penerbangan ke negeri itu. Bermula 1 November, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 113 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak, dengan jaminan langkah-langkah protokol keselamatan tertinggi. Jumlah ini adalah lebih daripada dua kali ganda penerbangan kami ke Sarawak pada masa ini iaitu 36 penerbangan mingguan, selain 77 penerbangan domestik di dalam negeri Sarawak.
“Sarawak adalah pasaran dan hab strategik yang sangat penting bagi AirAsia dan kami berharap untuk kembali mengendalikan penerbangan ke tahap pra-Covid, jika tidak lebih banyak, di mana kami pernah mengendalikan sebanyak 558 penerbangan mingguan ke, dari dan dalam negeri Sarawak. AirAsia mempunyai enam pesawat jenis A320 yang ditempatkan di hab Kuching dan dengan perkembangan positif ini kami akan meningkatkan operasi dan berharap untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak.
“Kami akan terus komited dan menyokong pembukaan semula sektor perjalanan dan aktiviti pelancongan di Sarawak. Kami juga akan terus bekerjasama rapat dengan semua badan kawal selia, kerajaan persekutuan dan negeri yang berkaitan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan untuk memastikan standard pematuhan tertinggi bagi setiap penerbangan yang dikendalikan.”
Sebagai sebahagian daripada rancangan mitigasi Covid-19 kami, AirAsia hanya menerima tetamu yang divaksin sepenuhnya dan mewajibkan daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App. Untuk kemudahan dan ciri keselamatan tambahan, AirAsia juga akan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES bermula di klia2, sebelum diikuti oleh semua lapangan terbang lain di Malaysia termasuk Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. FACES menjadikan pengalaman perjalanan para tetamu tanpa kertas, tanpa sentuhan dan digital sepenuhnya, seterusnya meminimumkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan penerbangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus.
Ikuti perkembangan dan tawarkan terkini airasia Super App di @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.