airasia ride lancar ciri Pemandu Komuniti, bermula dengan LadiesONLY
Penumpang wanita kini boleh memilih ciri LadiesONLY untuk perjalanan yang lebih selesa
Bekerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) sempena Hari Wanita Antarabangsa dan menderma semua hasil perjalanan daripada ciri LadiesONLY kepada wanita yang memerlukan
Pelbagai ciri komuniti akan dilancarkan tidak lama lagi untuk memenuhi keperluan penumpang yang berbeza
KUALA LUMPUR, 16 Mac 2022 - Perkhidmatan e-panggilan paling pesat berkembang oleh airasia Super App, airasia ride hari ini melancarkan ciri baharunya iaitu Pemandu Komuniti untuk memenuhi keperluan penumpang yang berbeza dan akan bermula dengan pilihan pemandu wanita atau LadiesONLY.
Ciri LadiesONLY akan memberi penumpang wanita pilihan untuk memilih pemandu wanita, dan sebaliknya untuk perjalanan yang lebih selesa. Untuk menempah perjalanan LadiesONLY, mereka hanya perlu menekan ikon ‘Ride’ pada airasia Super App.
airasia ride juga akan menaja pemandu wanita yang ingin menyertai airasia ride buat kali pertama tanpa pengalaman e-panggilan atau tanpa lesen e-panggilan dengan faedah eksklusif bernilai sehingga RM400 seperti pengecualian yuran untuk kursus pembelajaran dan ujian PSV serta pemeriksaan perubatan percuma. Manakala semua pemandu wanita aktif dan baharu akan menerima kamera dalam kenderaan percuma (tertakluk kepada terma dan syarat). Mereka yang berminat untuk menyertai airasia ride sebagai Allstars boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk mendaftar.
Selain ciri LadiesONLY, airasia ride akan memperkenalkan beberapa kategori Pemandu Komuniti lain dalam beberapa bulan akan datang:
PriorityRide: Nikmati masa menunggu yang lebih singkat dan dipandu oleh pemandu dengan penilaian tertinggi
Joy in the ride: Nikmati perjalanan yang menyeronokkan dan penuh kejutan
DriveForMe: Nikmati ciri pemandu peribadi untuk kenderaan anda jika anda tidak dapat memandu sendiri
QuietDriver: Nikmati perjalanan yang lebih tenang
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami sentiasa berinovasi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan pengalaman yang diperibadikan untuk pengguna airaisa Super App dan pemandu atau rakan penghantar kami daripada perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan bungkusan. Kami memahami bahawa penumpang airasia ride mempunyai keperluan yang berbeza, dan kami yakin ciri Pemandu Komuniti, bermula dengan ciri LadiesONLY akan menarik minat pengguna airasia ride sedia ada dan menarik lebih ramai pengguna baharu. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan penumpang ke-sejuta apabila kami menambah lebih banyak ciri Pemandu Komuniti tidak lama lagi.”
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride berkata: “Kami berbesar hati untuk melancarkan ciri LadiesONLY hari ini sebagai permulaan kepada ciri Pemandu Komuniti yang akan mewujudkan perjalanan yang lebih baik dan selesa untuk para penumpang dan pemandu wanita kami. Ciri Pemandu Komuniti kami menawarkan kelainan baharu dalam perjalanan harian anda. Sama ada anda ingin melakukan perjalanan segera, menikmati perjalanan yang jauh untuk ke pejabat, memerlukan seseorang untuk memandu kenderaan anda atau ingin menikmati perjalanan yang lebih tenang, semuanya tersedia di airasia ride. Nantikan pelbagai ciri menarik baharu pada airasia Super App apabila anda menempah perjalanan dengan airasia ride!”
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini, airasia ride akan menderma semua hasil (kecuali komisen untuk para pemandu) daripada ciri LadiesONLY antara 8 Mac 2022 dan 7 April 2022 kepada komuniti wanita yang memerlukan melalui Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Para pemandu airasia ride juga mempunyai kelebihan tambahan untuk memanfaatkan jenama syarikat penerbangan tersebut untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang melakukan perjalanan ke dan dari lapangan terbang. Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini mempunyai pilihan untuk menempah perjalanan mereka selepas membeli penerbangan mereka, membolehkan pemandu mendapatkan tempahan lebih awal dan merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap dan produktif. Mereka juga akan mempunyai maklumat ketibaan penumpang dalam masa nyata, membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan mengurangkan masa menunggu jadi mereka boleh membuat lebih banyak perjalanan dan menjana lebih banyak pendapatan.
Selain itu, para pemandu akan menerima 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), yang mana ia lebih tinggi daripada perkhidmatan e-panggilan lain di pasaran, menjadikannya pilihan pekerjaan sambilan dan peluang menjana pendapatan sampingan yang berdaya maju. Tambang untuk perjalanan airasia ditetapkan berdasarkan harga yang berpatutan, mengambil kira kemampuan para tetamu di samping mengimbangi masa perjalanan tambahan berikutan kesesakan trafik.
Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride, ikuti@airasiasuperapp di Instagram.