Nikmati tawaran SUPER untuk percutian pulau ke Bali dan Lombok di airasia Super App

  • Nikmati DISKAUN tawaran perjalanan sehingga 70% untuk penerbangan, hotel, SNAP dan barangan bebas cukai dari 18 Julai hingga 24 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2022 - Bali dan Lombok sentiasa menjadi destinasi yang sempurna bagi mereka yang mencari percutian pantai yang berpasir putih, air yang jernih dan tiupan angin yang menyegarkan. Mulai sekarang hingga 24 Julai, airasia Super App menawarkan tawaran perjalanan SUPER sehingga 70% DISKAUN untuk penerbangan melalui AirAsia serta syarikat penerbangan lain, hotel, SNAP (penerbangan + hotel AirAsia) dan barangan bebas cukai.

Penerbangan AirAsia, SNAP, dan Hotel

Pengguna airasia Super App boleh menempah penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke destinasi di seluruh Indonesia, termasuk Bali, Lombok, Pekanbaru, Surabaya, dan bandar lain serta destinasi percutian dari serendah RM129 sehala* dengan mengklik ikon “Flights” dari sekarang hingga 24 Julai 2022, dan perjalanan di antara 1 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023.

Pengguna juga boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk tawaran SNAP (penerbangan + hotel) ke Bali dan Lombok melalui ikon “SNAP”. Mereka yang lebih suka menempah penginapan mereka secara berasingan boleh mencari tawaran hotel terbaik di Bali dan Lombok dan mendapat potongan RM50 apabila berbelanja minimum RM150 dengan mengklik ikon “Hotel” di airasia Super App.

Syarikat Penerbangan Lain

Sebagai salah satu Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA), pemburu tawaran di airasia Super App juga boleh mengharapkan diskaun sehingga 10% untuk mana-mana syarikat penerbangan dengan mengklik ikon "Flights" dari sekarang hingga 24 Julai 2022 dan perjalanan antara 18 Julai 2022 dan 31 Disember 2022 melalui airasia Super App.

Barangan bebas cukai melalui airasia travelmall

Perjalanan sentiasa lebih menyeronokkan apabila anda membeli-belah, terutamanya untuk barangan bebas cukai, dan airasia travelmall menawarkan diskaun sehingga 70% untuk kesemua barangan bebas cukai. Dapatkan tawaran bebas cukai terbaik dengan menekan ikon "Travelmall" pada airasia Super App semasa tempoh promosi. Pengguna boleh membuat pratempah barangan bebas cukai mereka sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan berlepas yang dijadualkan dan memintanya dihantar ke tempat duduk mereka dalam penerbangan.

Michele Mattotti, Ketua Pegawai Pemasaran airasia Super App, berkata, “Industri pelancongan semakin pulih, dan airasia Super App mempunyai semua tawaran yang sesuai untuk semua jenis pengembara yang ingin melancong ke Bali dan Lombok - daripada mereka yang mencari percutian mewah hingga perjalanan yang mesra bajet. Kami mempunyai semua yang anda perlukan - penerbangan dari AirAsia serta semua syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang menghubungkan ke pulau-pulau, serta pakej penerbangan + hotel melalui SNAP dan juga kemudahan membeli-belah bebas cukai di hujung jari anda. Gunakan airasia Super App untuk percutian sempurna anda yang seterusnya dan jangan lepaskan tempoh promosi ini.”

Ahli boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food dan banyak lagi. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, barangan runcit dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Pihak yang berminat yang ingin menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App  boleh menghubungi aacompartners@airasia.com

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

*Tambang adalah termasuk kesemua cukai dan yuran bayaran. Tertakluk kepada terma dan syarat.