AirAsia X tambah tiga laluan utama baharu ke Australia dan New Zealand
Nikmati tambang bernilai hebat termasuk semua ke Melbourne, Perth dan Auckland bermula daripada RM499 sehala!
SEPANG, 18 Julai 2022 - AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh Kumpulan mengumumkan perkhidmatan baharu ke Melbourne (Tullamarine) dan Perth di Australia serta Auckland di New Zealand bermula 1 November 2022.
Semua laluan utama ini meningkatkan rancangan pertumbuhan teguh syarikat penerbangan itu dengan menawarkan 13 laluan yang akan beroperasi pada tahun ini, termasuk Sydney, New Delhi, Seoul, Tokyo, Sapporo, Osaka dan Honolulu serta London, Dubai dan Istanbul.
AAX akan memulakan semula perkhidmatannya ke Melbourne (Tullamarine), Perth dan Auckland (melalui Sydney) dengan tiga penerbangan mingguan mulai November dan akan meningkatkan kekerapan kepada penerbangan harian secara beransur-ansur menjelang suku pertama tahun 2023 untuk memenuhi peningkatan permintaan.
Nikmati tambang bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke ketiga-tiga destinasi baharu yang tersedia* untuk tempahan di airasia Super Super dan laman web daripada RM499 ke Perth, RM699 ke Melbourne dan RM1,999 ke Auckland termasuk semua** sehala di kelas Ekonomi. Para tetamu juga boleh menikmati Premium Flatbed daripada RM1,999 ke Perth, RM2,999 ke Melbourne dan RM5,999 ke Auckland sehala.
Para tetamu yang terbang ke Kuala Lumpur juga boleh menikmati tambang bernilai hebat termasuk semua sehala daripada AUD209 dari Perth, AUD359 dari Melbourne dan NZD499 dari Auckland di kelas Ekonomi; dan daripada AUD1,099 dari Perth, AUD1,999 dari Melbourne dan NZD1,999 dari Auckland untuk Premium Flatbed.
AAX juga terbang dari Kuala Lumpur ke Sydney dengan tambang termasuk semua sehala daripada RM899 di kelas Ekonomi dan RM2,799 untuk Premium Flatbed, serta tambang pulang daripada AUD309 di kelas Ekonomi dan AUD899 untuk Premium Flatbed bermula September 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail berkata: “Kami berbesar hati untuk memulakan semula perkhidmatan ke Australia dan New Zealand sebagai strategi pengembangan kami dengan tambang bernilai hebat untuk perjalanan jarak sederhana dan jauh.
“Kami juga sukacita ingin mengumumkan bahawa kami akan kembali memulakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Melbourne (Tullamarine) yang menawarkan lebih fleksibiliti dan rangkaian untuk para tetamu yang melakukan perjalanan ke dan dari negeri Victoria.
“Pada tahun 2019, kami telah menerbangkan lebih sejuta tetamu ke kedua-dua buah negara, yang menunjukkan bahawa Australia dan New Zealand adalah pasaran penting dan kami juga menghubungkan jumlah yang sama warga Australia dan New Zealand ke Malaysia dan merentasi Asean. Selepas dua tahun, kami kini kembali lebih kuat dan berbangga untuk memperbaharui komitmen kami menjadikan perjalanan udara jarak sederhana dan jauh berpatutan untuk semua orang di seluruh rantau ini dan Asean.
“Berikutan sempadan dunia dibuka semula dan sekatan perjalanan semakin berkurangan, kami yakin perkhidmatan baharu ini akan memenuhi permintaan ramai. Tambahan pula, Premium Flatbed kami kekal sebagai tempat duduk kos rendah terbaik dan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada para tetamu ke/dari Australia dan New Zealand.
“Apa yang penting dengan lebih banyak laluan dalam rangkaian kami pada tahun ini, para tetamu dengan tempahan tertunggak akan dapat menggunakan baucar perjalanan mereka untuk menempah perjalanan masa depan ke pelbagai destinasi menarik. Kami akan membawa kembali destinasi kegemaran semua dan berharap untuk mengalu-alukan para tetamu kembali terbang dengan tambang bernilai hebat dan perkhidmatan terkemuka kami.”
Ketua Penerbangan Lapangan Terbang Melbourne Jim Parashos berkata pengembalian AirAsia X ke Lapangan Terbang Melbourne merupakan bukti kemudahan dan daya saing lapangan terbang itu. Beliau menambah: “AirAsia X telah beroperasi di luar Lapangan Terbang Melbourne selama sedekad, dan kami percaya para penumpang turut teruja kerana mereka kembali ke sini. Dengan pelbagai rangkaian utama selain Kuala Lumpur, AirAsia X menyediakan perkhidmatan sehenti ke India dan Asia Tenggara yang amat penting untuk pelajar antarabangsa atau warga Victoria yang ingin melawat rakan dan keluarga di luar negara. Keputusan AirAsia X untuk kembali ke Lapangan Terbang Melbourne menyerlahkan kemudahan serta nilai untuk para pengembara dan syarikat penerbangan.”
Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Perth Kevin Brown berkata bahawa pemulihan sektor penerbangan Australia Barat telah diberi satu lagi rangsangan dengan perkhidmatan AirAsia X. “Kami telah bekerja keras dengan rakan kongsi syarikat penerbangan untuk membina semula sambungan antarabangsa. Perkhidmatan AirAsia X ke Kuala Lumpur menyediakan satu lagi rangkaian ke Malaysia dan seterusnya.”
Pengurus Besar Lapangan Terbang Auckland dan Bahagian Komersial Aeronautik Scott Tasker berkata: “Kami tidak sabar untuk melihat AirAsia X mendarat semula di Lapangan Terbang Auckland pada bulan November ini. Perkhidmatan baharu itu bukan sahaja akan menyediakan lebih banyak pilihan untuk pengembara trans-Tasman yang mencari tambang kompetitif di laluan popular antara Sydney dan Auckland, malah merupakan pilihan terbaik untuk sambungan ke rangkaian di Asia yang luas oleh AirAsia.
“Dengan pesawat berbadan lebar A330 yang terbang ke laluan Auckland-Sydney-Kuala Lumpur, ia juga menambah kapasiti kargo yang merupakan berita baik untuk pengendali kargo dan pengeksport yang mencari pilihan melalui Sydney dan seterusnya ke Asia.”
Jadual Penerbangan:
***
*Tempoh tempahan dari sekarang hingga 24 Julai 2022 untuk tempoh perjalanan antara 1 November 2022 dan 26 Mac 2023.
**Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran serta fi lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.