Panggilan akhir untuk rebut tawaran tempat duduk RM13* AirAsia!
Terbang bersama AirAsia ke destinasi popular Asean dari hanya RM13* sempena pengiktirafan tahun ke-13 kami sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia
SEPANG, 29 September 2022 - Hanya tinggal beberapa ribu tempat duduk sahaja lagi untuk tawaran tempat duduk daripada RM13* AirAsia sempena sambutan 13 tahun berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax baru-baru ini.
Jualan yang telah bermula pada hari Isnin lalu akan berakhir pada hari Ahad ini, 2 Oktober adalah untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023. Rancanglah percutian anda lebih awal dan rebutlah peluang akhir ini untuk menempah percutian dengan nilai hebat.
Penerbangan ke pelbagai destinasi yang mesti dilawati di Asean dan lain-lain, termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia tersedia bermula daripada RM13* sehala termasuk cukai dan caj bekernaan. AirAsia juga baru sahaja melancarkan satu lagi laluan baharu untuk menghubungkan pelancong dari Pulau Pinang ke Bali yang kini tersedia untuk tempahan daripada RM159 untuk perjalanan antara 20 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023.
Tawaran hebat ini juga tersedia untuk penerbangan jarak jauh dengan AirAsia X ke destinasi popular seperti dari Kuala Lumpur ke Korea Selatan (Seoul), Australia (Melbourne, Perth dan Sydney), New Zealand (Auckland), Timur Tengah (Jeddah) dan India (New Delhi) daripada RM459* untuk tambang termasuk semua untuk tempat duduk ekonomi, dan daripada RM1,219* untuk Premium Flatbed.
AirAsia X turut menyambung semula perkhidmatannya ke negara Matahari Terbit dari Kuala Lumpur - Tokyo (Haneda) dan Sapporo yang tersedia untuk tempahan daripada RM599* untuk tempat duduk ekonomi, dan RM2,599 untuk Premium Flatbed.
Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata: “Kami kini kembali terbang tinggi! Kami telah melancarkan jualan 5 Juta Tempat Duduk PERCUMA* pada minggu lalu yang mungkin tidak dapat dicapai tanpa sokongan berterusan daripada para tetamu yang kami hargai. Tidak dinafikan terdapat permintaan tinggi untuk sektor perjalanan, dan inilah yang mendorong kami untuk terus menerbangkan para tetamu ke destinasi pilihan mereka melalui tawaran hebat ini.
“RM13* mungkin kelihatan tidak begitu bernilai, tetapi dengan AirAsia ia boleh membawa anda ke destinasi kegemaran termasuk cukai dan caj berkenaan!
“Kami berbangga kerana sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’ buat kali ke-13 berturut-turut. Ini merupakan bukti terhadap misi AirAsia dan fokus kami untuk menawarkan lebih nilai kepada para pelanggan. Tempat duduk bernilai terbaik akan terjual dengan pantas, jadi buatlah tempahan segera!”
Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi melalui @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini.
*Semua penerbangan yang dijual adalah termasuk semua untuk perjalanan sehala, termasuk cukai lapangan terbang dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tambang ke beberapa destinasi jarak jauh melalui AirAsia X dan Thai AirAsia X dijual tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Tertakluk kepada terma dan syarat.