airasia Superapp raih kemenangan buat julung kalinya bagi kategori Ejen Pelancongan Dalam Talian Terbaik di Asia 2023

  • Sebagai tanda penghargaan buat pengguna dan sokongan hebat yang diberikan, nikmati tawaran hebat sepanjang bulan September 2023:

  • Potongan sebanyak RM50 bagi kesemua hotel dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain  

  • Diskaun RM2 untuk perkhidmatan airasia ride anda yang seterusnya. 

Keterangan gambar: (Dari kiri) Dabraj Sing, Ketua Pegawai Perniagaan dan Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Operasi di World Travel Awards ke-30.

KUALA LUMPUR, 7 September 2023 - airasia Superapp baru sahaja dinobatkan sebagai Ejen Pelancongan Dalam Talian Terbaik di Asia semasa di acara terkemuka dunia, World Travel Awards (Asia) dengan hanya penyertaannya yang pertama. Ini sekali gus membuktikan segala usaha kami dalam menyediakan nilai serta kemudahan buat kesemua pengembara sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi aplikasi unggul dia rantau ini.

Anugerah  yang sering kali dikenali sebagai Anugerah Oscar buat industri pelancongan ini terkenal kerana mengiktiraf kecemerlangan dalam sektor pelancongan dan pelancongan global. airasia Superapp muncul sebagai pemenang dalam kalangan calon yang berdaya saing tinggi, termasuk nama-nama terkenal seperti Agoda, Trip.com, MakeMyTrip dan banyak lagi.

Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Operasi airasia Superapp berkata, “Mendapat pencalonan dan pengiktirafan sebagai ‘Agensi Pelancongan Dalam Talian Terkemuka Asia’ pada tahun pertama kami dicalonkan adalah satu pencapaian yang sangat bermakna. Ini adalah bukti yang jelas kepada kerja keras seluruh pasukan airasia Superapp Allstars, dan kemenangan ini didedikasikan untuk setiap seorang daripada mereka. Bagi pihak airasia Superapp, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengundi kami, dan ini mendorong kami untuk melonjakkan inovasi untuk menyediakan semua pengembara pengalaman tempahan perjalanan yang baharu dan ditakrifkan semula bersama kami. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk mengumumkan tawaran hebat untuk perjalanan airasia, penerbangan (tidak termasuk penerbangan AirAsia) dan hotel di Superapp dari 7 - 30 September!”

Dari 7 - 30 September 2023, pengguna airasia Superapp boleh menikmati POTONGAN RM50* dengan kod promosi [BESTINASIAMY] apabila mereka menempah SEBARANG syarikat penerbangan (tidak termasuk penerbangan AirAsia) dan MANA-MANA hotel ke destinasi yang mereka inginkan, dengan perbelanjaan minimum RM350. Selain daripada tawaran terbang dan penginapan, pengguna juga boleh menikmati diskaun tambahan RM2 pada 5 tunggangan seterusnya dengan kod promosi yang sama dengan mengklik ikon ‘Ride’ di airasia Superapp.

Tawaran masa terhad yang menarik ini merupakan tanda terima kasih kepada pengguna Superapp yang dihargai, mengiktiraf sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dalam menjadikan airasia Superapp sebagai kuasa perintis dalam sektor pelancongan.

Ditubuhkan pada tahun 1993, World Travel Awards dipuji sebagai salah satu program anugerah yang paling berprestij, komprehensif dan dicari-cari untuk memperingati kecemerlangan merentasi sektor utama perjalanan, pelancongan dan hospitaliti. Anugerah yang diundi oleh pakar industri dan pengguna dari seluruh dunia, menjadikan setiap anugerah benar-benar pengiktirafan bertaraf dunia.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Tertakluk kepada terma dan syarat