AirAsia Rewards dan ASNB Berganding Bahu Hadiahkan 5 Juta Mata AirAsia serta Percutian Menarik kepada Rakyat Malaysia
Ahli AirAsia dan pemegang unit ASB kini berpeluang memperoleh sehingga 10,000 Mata AirAsia apabila mereka membuat tambah nilai dengan ASNB, serta berpeluang memenangi percutian ke Almaty, Seoul, Bangkok, dan Lombok.
KUALA LUMPUR, 20 November 2025 – AirAsia Rewards, program kesetiaan di bawah Capital A, menjalin kerjasama dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk melancarkan kempen eksklusif khas bagi rakyat Malaysia Bumiputera, dengan tawaran sebanyak 5 juta Mata AirAsia dan pelbagai hadiah percutian menarik.
Dari 1 hingga 30 November 2025, semua ahli AirAsia yang juga pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) berpeluang mendapatkan 1,000 mata ganjaran AirAsia bagi setiap tambah nilai ASB terkumpul bernilai RM1,000, dengan had maksimum 10,000 mata ganjaran AirAsia bagi setiap pemegang unit. Untuk menyertai, ahli hanya perlu melengkapkan borang pendaftaran kempen melalui Google Form dan membuat tambah nilai minimum ASB sebanyak RM1,000 dalam tempoh kempen.
Bagi melayakkan diri menerima ganjaran, peserta perlu mengekalkan pelaburan ASB mereka tanpa sebarang transaksi pengeluaran dari 1 November hingga 31 Disember 2025. Mata ganjaran AirAsia bonus akan dikreditkan pada Januari 2026, selaras dengan tempoh agihan pendapatan ASB.
Kempen ini menawarkan lebih banyak insentif untuk terus menabung dan berkembang bersama ASB, hal ini kerana peserta juga berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif. Empat pendeposit tertinggi sepanjang tempoh kempen akan masing-masing membawa pulang salah satu hadiah berikut:
Hadiah Utama: Percutian untuk 2 orang ke Almaty, Kazakhstan
Hadiah Pertama: Percutian untuk 2 orang ke Seoul, Korea Selatan
Hadiah Kedua: Percutian untuk 2 orang ke Bangkok, Thailand.
Hadiah Ketiga: Percutian untuk 2 orang ke Lombok, Indonesia
Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam strategi AirAsia rewards untuk memperkukuh kedudukannya dalam bidang pelaburan kewangan, dengan bekerja sama bersama institusi kewangan terkemuka Malaysia bagi menawarkan nilai yang lebih tinggi, fleksibiliti dan manfaat kepada para ahlinya.
Subashini Silvadas, Ketua Pegawai Operasi Capital A , berkata “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan ASNB untuk memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia sambil memupuk tabiat kewangan bijak dan merealisasikan impian perjalanan mereka. Kerjasama ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha kami untuk menjadikan Mata AirAsia sebagai mata ganjaran digital sejagat — yang menggabungkan dunia perjalanan, gaya hidup dan kewangan secara menyeluruh bagi memberikan nilai dan kelebihan yang lebih besar kepada ahli kami.”
Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, berkata, “Kami bergembira dapat bekerjasama dengan AirAsia Rewards dalam menggalakkan rakyat Malaysia memperkukuh tabiat menabung sambil menikmati manfaat gaya hidup yang melebihi pulangan kewangan. Kerjasama ini mencerminkan komitmen ASNB untuk menjadikan pelaburan lebih berbaloi dengan menghubungkan keputusan kewangan harian dengan pengalaman yang bermakna. Kami berharap inisiatif ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melabur secara konsisten dan mengekalkan pelaburan mereka untuk jangka masa panjang.
Ikuti perkembangan terkini dari AirAsia Rewards dengan mengikuti @airasiarewards di Instagram atau @AirAsia Rewards di Facebook. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan menyeronokkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
Layari laman ini, untuk terma & syarat penuh.
***
About AirAsia rewards
AirAsia rewards started as an airline loyalty programme for AirAsia and has since evolved into a comprehensive lifestyle rewards platform that extends beyond flights, offering a more holistic approach to rewarding loyal AirAsia members. With a diverse range of partners spanning lifestyle, travel, and financial services categories, AirAsia Rewards has grown into one of the largest points platforms, enabling borderless earn-and-burn activities across ASEAN and beyond.
About ASNB
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) is the wholly owned unit trust management company of PNB with 32 branch offices and more than 2,700 agents nationwide namely Affin Bank, Ambank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, RHB Bank and Pos Malaysia. ASNB currently manages 18 unit trust funds with units in circulation (UIC) of approximately 280 billion units over 15 million accounts. For more information, please visit www.asnb.com.my or contact ASNB Customer Service Centre at 03-7730 8899.
*Ends*