ikhlas.com Travel Fair 2025: Discover the Jewels of Asia - Meraikan pelancongan mesra Muslim yang dipacu nilai seluruh Asia

Keterangan gambar: Buat julung kalinya, ikhlas.com dan Plaza Sungei Wang bergabung bagi menganjurkan ikhlas.com Travel Fair 2025, berlangsung selama 10 hari sehingga 30 November ini di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 22 November 2025 - Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) dengan julung kalinya merasmikan ikhlas.com Travel Fair 2025: Discover the Jewels of Asia, menandakan satu detik bersejarah bagi platform itu dalam usaha memperluaskan segmennya dalam bidang pelancongan dan gaya hidup mesra Muslim.

Berlangsung mulai 21 hingga 30 November 2025 di Plaza Sungei Wang, pameran itu menampilkan promosi pelancongan eksklusif, aktiviti keluarga, tawaran destinasi menarik dan sesi perkongsian berinformasi untuk menginspirasikan pelancongan yang lebih bermakna dan bernilai pada tahun 2026 dan seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Acara ini lebih daripada sekadar pameran biasa - ia sempena meraikan penemuan, hubungan dan keimanan. Kami mahu memudahkan umat Islam meneroka permata tersembunyi di Asia dengan menitikberatkan aspek halal, kemudahan dan keselesaan.”

Beliau menambah bahawa pameran itu dianjurkan bagi menyediakan ekosistem pelancongan yang lengkap di bawah satu bumbung - merangkumi pakej umrah dan pelancongan mesra Muslim, percutian domestik dan destinasi serantau seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Turkiye, Uzbekistan, Kazakhstan dan banyak lagi, sejajar dengan perkembangan rangkaian penerbangan AirAsia.

Sepanjang sepuluh hari pameran itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi termasuk diskaun RM2,000 dengan tempahan empat pakej ikhlas.com Travel, cabutan bertuah yang menawarkan pakej umrah bernilai RM4,990 untuk dua pemenang dan promosi umrah mengikut musim.

Para pengunjung boleh menemui pakar pelancongan ikhlas.com dan meneroka pelbagai pilihan perjalanan mesra Muslim yang berbaloi, mudah dan selari dengan prinsip kembara halal di seluruh Asia. Mereka juga boleh menikmati penjimatan hebat bersama rakan kerjasama termasuk AirAsia, AirAsia MOVE, AirAsia Rewards dan Tune Protect yang menawarkan promosi eksklusif untuk para pengembara.

Pengurus Besar Sungei Wang Plaza, Joseph Teo berkata: “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ikhlas.com, sebuah anak syarikat AirAsia, untuk pameran pelancongan pertama mereka - satu sambutan terhadap perjalanan yang mesra Muslim dan berasaskan nilai di seluruh Asia. Kerjasama ini mencerminkan visi bersama kami dalam mempromosikan perjalanan bermakna yang menghubungkan manusia, menghormati nilai budaya serta menyerlahkan kekayaan warisan serantau.”

Sempena meraikan pelancaran tersebut, ikhlas.com turut mengumumkan pelbagai promosi istimewa untuk masa terhad, termasuk diskaun pakej Umrah dan percutian mesra Muslim, tawaran Beli 1 Percuma 1 bagi destinasi terpilih di rantau Asia, serta ganjaran penebusan eksklusif menggunakan mata ganjaran AirAsia Rewards.

ikhlas.com Travel Fair 2025 dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam di Plaza Sungei Wang. Untuk maklumat lanjut, layari www.ikhlas.com atau ikuti media sosial @ikhlasdotcom untuk promosi terkini, sorotan acara dan tip pelancongan.

Dilancarkan pada kemuncak pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan pelancongan Islam digital di bawah Capital A Berhad, yang berfungsi sebagai saluran bagi umat Islam menunaikan kewajipan mereka dengan mudah. Selain perkhidmatan Umrah dan Pelancongan Mesra Muslim melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia, ikhlas.com turut menawarkan perkhidmatan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih melalui Apple App Store dan Google Play Store.