Menutup Tirai Tahun 2025, MOVE Bekerjasama dengan Tiga Syarikat Penerbangan Antarabangsa Utama

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2025 – AirAsia MOVE (MOVE), Aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, menutup tahun 2025 dengan cemerlang melalui pemeteraian kerjasama strategik bersama Ethiopian Airlines, Vietjet Air dan Garuda Indonesia.

Penambahan syarikat-syarikat penerbangan utama ini terus mengukuhkan kedudukan MOVE sebagai ejen pelancongan dalam talian (OTA) tempatan terkemuka di rantau ini, susulan kejayaannya memenangi anugerah ‘Aplikasi Tempahan Perjalan Terbaik Asia’ buat kali ketiga berturut-turut di World Travel Tech Awards 2025 baru-baru ini.

Dengan penyertaan syarikat-syarikat penerbangan baharu ini sebagai rakan kerjasama rasmi, pengguna MOVE kini boleh menikmati akses rangkaian laluan serantau dan jarak jauh yang lebih meluas, sekali gus melengkapkan keseluruhan perjalanan mereka secara lancar menerusi satu aplikasi mudah.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif MOVE, berkata, “Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakan syarikat penerbangan terhadap MOVE sebagai rakan pengedaran mereka. Kami menyaksikan perubahan ketara dalam trend permintaan di mana para pengembara kini boleh mencari lebih banyak pilihan penerbagan. Kami berbesar hati dapat bekerjasama secara langsung dengan lebih banyak syarikat penerbangan bagi memenuhi keperluan tersebut. Vietnam telah muncul sebagai pasaran terkemuka yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 25% bagi jumlah tempat duduk yang terjual dari tahun ke tahun. Perkara ini mencerminkan kejayaan penembusan pasaran pertumbuhan serta peningkatan daya tarikan terhadap kepelbagaian pilihan syarikat penerbangan di aplikasi MOVE.

Bersama rakan kerjasama, kami sedang membina sebuah ekosistem yang lebih kukuh bagi memperkasakan para pengembara dengan lebih banyak pilihan, di samping menyokong pertumbuhan rakan syarikat penerbangan bagi merentas pasaran-pasaran utama.”

Ethiopian Airlines, Vietjet Air dan Garuda Indonesia menyertai 70 syarikat penerbangan global terkemuka yang telah menjalin kerjasama strategik secara langsung dengan MOVE. Melengkapi kerjasama langsung ini, MOVE turut menawarkan lebih dari 700 pilihan syarikat penerbangan lain melalui pembekal sah. Selain penerbangan, platform ini turut menyediakan akses kepada lebih 1 juta hotel, perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, jualan barangan bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan dan pelbagai perkhidmatan lain.

Syarikat penerbangan yang berminat untuk disenaraikan di platform OTA MOVE boleh melayari pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta menghantar butiran yang diperlukan.

Untuk kemas kini terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih lancar dan dipertingkatkan.

*** TAMAT ***