AirAsia MOVE dinobatkan sebagai OTA kelahiran Asean pertama yang meraih anugerah ‘Aplikasi Tempahan Perjalan Terbaik Asia’ selama tiga tahun berturut-turut

Kapsyen gambar: (Tengah) Lim Ben-Jie, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Usahasama di AirAsia MOVE menerima anugerah tersebut di majlis global yang diadakan di Bahrain semalam, dengan kehadiran pemimpin serta inovator industri pelancongan dari pelbagai negara.

MANAMA, BAHRAIN, 7 Disember 2025 – AirAsia MOVE (MOVE) sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia’ di Anugerah Teknologi Pelancongan Dunia 2025, menandakan tahun ketiga berturut-turut syarikat meraih pengiktirafan berprestij ini, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai ejen pelancongan dalam talian (OTA) tempatan terkemuka di rantau ini.

Pengiktirafan berterusan MOVE disokong oleh pertumbuhan signifikan dari tahun ke tahun dalam kalangan pengguna, tempahan, dan perkongsian sepanjang 2025. Bilangan pengguna aktif bulanan (MAU) kekal kukuh pada 15 juta, manakala tempahan merangkumi pelbagai segmen utama turut mencatat peningkatan, dengan tempahan hotel meningkat hampir 40%, dan tempahan pakej SNAP (Penerbangan + Hotel) naik 30%, yang mana Bangkok, Kuala Lumpur, dan Kota Kinabalu menjadi destinasi utama pilihan pengguna SNAP.

MOVE juga memperluaskan rangkaian rakan kongsi syarikat penerbangan terus di platformnya tahun ini, termasuk SriLankan Airlines, Royal Brunei, Ethiopian Airlines, dan Vietjet Air (melalui GalaxyJoy), menjadikan jumlah keseluruhan rakan kongsi syarikat penerbangan terus melebihi 70 syarikat di MOVE.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Anugerah yang diraih selama tiga tahun berturut-turut ini mencerminkan pengiktirafan mendalam terhadap visi kami membangunkan platform pelancongan yang berakar di Asean, memenuhi keperluan Aseani, dan kini berkembang untuk berkhidmat kepada pasaran Asia dan antarabangsa. Kami telah berevolusi sepenuhnya daripada sebuah aplikasi penerbangan kepada OTA sebenar bertaraf global yang menawarkan rangkaian syarikat penerbangan dan produk yang lebih meluas, sambil kekal teguh dengan visi kami untuk menjadi aplikasi pelancongan pilihan Asean melalui pengalaman perjalanan yang inklusif, menyeronokkan dan mampu milik. Tahun ini, kami juga telah memperkukuh kerjasama serantau dengan bekerja rapat bersama pihak berkuasa pelancongan di Thailand, Indonesia, Singapura dan Dubai Tourism bagi memacu pertumbuhan pelancongan bersama.”

Anugerah ini juga merupakan bukti penghargaan terhadap usaha keras setiap ahli Allstar di MOVE. Dengan pelbagai pilihan syarikat penerbangan yang semakin berkembang, kerjasama yang lebih mendalam serta pengalaman pengguna yang dipertingkatkan, kami akan terus membantu para pelancong untuk menemui lebih banyak destinasi, merancang perjalanan dengan lebih baik dan mengembara dengan lebih kerap, pada kos yang lebih rendah.”

Didorong oleh penambahbaikan pada chatbot AskBo yang dipacu AI, antara muka baharu serta tawaran menarik seperti MOVETIX, platform tiket acara langsung global, dan Cancel for Any Reason, fasa seterusnya MOVE akan menekankan penemuan sosial, membolehkan pengguna mencari inspirasi perjalanan melalui kandungan dan menempah semuanya dengan lancar di satu platform. Dengan akses kepada lebih 700 syarikat penerbangan dan lebih satu juta hotel, MOVE kekal komited untuk menjadi platform yang memastikan para pelancong sentiasa ingin tahu, terhubung dan terinspirasi.

Untuk kemas kini terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lancar dan dipertingkatkan.

*** TAMAT *** 

About MOVE (AirAsia MOVE)

MOVE, formerly known as airasia Superapp, is the newest online travel agent (OTA) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions a comprehensive travel ecosystem, providing various travel offerings, such as flights and hotel bookings from over 700 airlines, including AirAsia, and over a million hotels worldwide, plus airport transfers, travel insurance, duty-free shopping and much more. The services are complemented by a community-led experience through features such as airasia chat and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. It has been voted by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency’ for three consecutive years since its first nomination in 2023.


For further information, please contact: movecomms@airasia.com