Ketua Pegawai Pemasaran AirAsia MOVE, Ravi Shankar dinobatkan sebagai pemenang di Malaysian CMO Awards.

KUALA LUMPUR, 28 April 2024 – AirAsia MOVE, Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik di Asia, dengan bangganya mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Pemasarannya, Ravi Shankar, telah meraih kemenangan sebagai salah seorang pemenang di Anugerah CMO Malaysia 2024, yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas.

Pengiktirafan terhadap Ravi Shankar di platform berprestij ini mencerminkan kepimpinan cemerlang beliau dalam merangka strategi pemasaran inovatif yang telah mengangkat jenama AirAsia MOVE serta meningkatkan interaksi pelanggan di seluruh rantau ini.

Ravi Shankar Mallavarapu, Ketua Pegawai Pemasaran AirAsia MOVE, dalam menyatakan penghargaan, beliau berkongsi: "Saya sangat berbesar hati untuk menerima anugerah yang berprestij ini yang diiktiraf oleh pemain industri terkemuka. Anugerah ini menjadi motivasi besar bagi saya dan pasukan saya untuk terus melaksanakan kempen pemasaran yang bernilai dan memberi impak, dalam usaha mempertingkatkan pengalaman pengguna AirAsia MOVE serta menjadikan perjalanan mereka lancar dan berpatutan. Saya amat menghargai pasukan saya di AirAsia MOVE atas dedikasi dan komitmen berterusan mereka terhadap kecemerlangan."

Prof Harmandar Singh, Presiden Anugerah CMO Malaysia, berkata: “Kemenangan Ravi mencerminkan sumbangan yang luar biasanya dalam landskap pemasaran serta kebolehannya untuk mendorong pertumbuhan serta penglibatan dalam ruang yang sangat kompetitif. Kami mengucapkan tahniah kepada Ravi dan menantikan impak berterusan beliau dalam industri ini.”

Anugerah CMO Malaysia bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam industri pemasaran. Tujuan anugerah ini adalah untuk mengiktiraf kecerdasan, kejujuran, ketekunan, dan inisiatif. Para penerima anugerah dipilih oleh panel eksekutif industri yang berprestij berdasarkan prestasi mereka, menghargai sumbangan signifikan, kepimpinan, dan impak mereka terhadap sektor komunikasi pemasaran Malaysia.

***END***