AirAsia Group Berhad peroleh 20% baki saham BigLife daripada Aimia, tingkat pemilikan kepada 100% untuk Program Kesetiaan BIG Rewards oleh BigLife

SEPANG, 22 Mac 2021 - AirAsia Group Berhad (AirAsia) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai memorandum persefahaman dengan Aimia Holdings UK II Limited (Aimia) untuk cadangan pengambilalihan oleh AirAsia bagi keseluruhan baki saham biasa berjumlah 1,665,000 dalam BigLife Sdn Bhd (BigLife ), yang belum dipegang oleh AirAsia Group.

Jualan ini mewakili 20% kepentingan ekuiti dalam BigLife kepada AirAsia Digital Sdn Bhd (AirAsia Digital), anak syarikat milik penuh AirAsia, akan menerima terbitan saham berjumlah 85.86 juta atau tambahan sebanyak 2.2% kepentingan dalam AirAsia, meningkatkan kepentingan ekuiti Aimia kepada kira-kira 3.1% dalam AirAsia setelah transaksi tersebut selesai daripada kepentingan semasa berjumlah 0.93% berikutan penyertaan Aimia dalam penempatan saham swasta tahap kedua AirAsia baru-baru ini. Transaksi tersebut dijangka selesai sebelum akhir bulan Mei 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Data dan program kesetiaan adalah dua faktor utama kejayaan dalam era digital ini. Kami menghargai kerjasama dengan Aimia dan ini adalah transaksi yang akan memberikan banyak faedah kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai pelabur institusi global terkemuka yang menyertai kami melalui penempatan saham swasta tahap kedua, kami berbesar hati dengan keputusan Aimia untuk mengukuhkan kedudukan mereka di AirAsia, menjadikan kami lebih yakin dalam melaksanakan strategi pemulihan pasca pandemik melalui transformasi digital dan perniagaan berasakan data.

“BigLife bermula sebagai sebuah program ganjaran syarikat penerbangan standard, kini telah berkembang untuk menawarkan mata wang digital kepada pengguna untuk mengumpul dan menebus BIG Poin di seluruh ekosistem produk perjalanan dan gaya hidup kami, termasuklah di luar platform airasia super app. BIG Rewards oleh BigLife kini menjadi salah satu platform ganjaran gaya hidup terbesar di Asean dengan lebih daripada 25 juta orang ahli. Dalam usaha kami menambah dan menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan untuk memanfaatkan ekosistem perjalanan dan gaya hidup melalui airasia super app, BigLife berada di landasan tepat untuk menjadi mata wang program kesetiaan yang paling bermanfaat di rantau ini. Dengan pemilikan penuh BigLife, kami akan mempunyai lebih fleksibiliti untuk memacu inovasi dan perkembangannya sebagai platform penebusan utama di Asean, termasuk program pertukaran mata ganjaran kami - BIG Xchange, yang membolehkan ahli menukar mata ganjaran perbankan dan program kesetiaan lain dengan segera menerusi hab pertukaran universal untuk penukaran mata ganjaran dua hala bagi program kesetiaan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Aimia, Phil Mittleman, berkata: “Kami berbesar hati untuk memulakan lembaran baharu dalam kerjasama kami dengan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia Tenggara dan pemilik portfolio pelbagai aset digital yang berharga. Dengan menukarkan kedudukan minoriti kami di BigLife untuk saham umum di AirAsia, kami yakin untuk meningkatkan kepentingan ekuiti dalam AirAsia, dengan kelebihan tambahan mudah tunai. Kami menyokong sepenuhnya usaha syarikat penerbangan ini untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya dan meneruskan transformasi digitalnya, dan kami percaya bahawa AirAsia akan kembali sebagai syarikat penerbangan yang lebih kuat selepas pandemik, dengan kedudukan unik yang boleh menampung permintaan perjalanan tinggi untuk perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia Tenggara dan lain-lain.”

AIMIA Inc (AIM: CN) adalah sebuah syarikat dengan modal pasaran sebanyak C$431 juta yang fokus kepada pelaburan jangka panjang dalam syarikat awam dan swasta, secara global, melalui kawalan atau kepentingan minoriti. Syarikat ini menjalankan perniagaan penasihat pelaburan melalui anak syarikat milik penuhnya Mittleman Investment Management, LLC, dan memiliki pelbagai portfolio pelaburan termasuklah saham ekuiti berjumlah 48.9% di PLM Premier, S.A.P.I. de C.V. (PLM) dan pemilik dan pengendali Club Premier, program kesetiaan gabungan yang mengendalikan Program Frequent Flyer Aeroméxico. Syarikat ini juga mempunyai saham ekuiti berjumlah 49.3% di Kognitiv, sebuah syarikat pertumbuhan teknologi bagi perniagaan-ke-perniagaan (B2B) untuk perdagangan secara kolaboratif, selain kepentingan ekuiti berjumlah 20.0% dalam BigLife, pengendali BIG Rewards, salah satu program kesetiaan terbesar di seluruh Asia, mempunyai 10.85% kepentingan dalam Clear Media Limited (100.HK), bersama Ever Harmonic Global Limited yang terdiri daripada konsortium pelabur seperti Antfin Hong Kong (dikendalikan oleh Ant Financial), JCDecaux, China Wealth Growth Fund III dan Han Zi Jing, Ketua Pegawai Eksekutif Clear Media. Clear Media Limited adalah salah satu firma pengiklanan luar terbesar di China, serta saham minoriti dalam portfolio sekuriti syarikat awam. Aimia juga adalah pemegang saham minoriti dalam portfolio sekuriti syarikat awam.

Malaysia, News, EnglishM ASepang