AirAsia dipilih majikan terbaik dalam dua kategori di Anugerah Pilihan Graduan 2019

Keterangan Gambar: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Southeast Asia (AASEA) Sandeep Devgon dan Ketua Bahagian People Solution di jabatan People and Culture AirAsia Yazid Misnan di Anugerah Pilihan Graduan 2019.

Keterangan Gambar: (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Southeast Asia (AASEA) Sandeep Devgon dan Ketua Bahagian People Solution di jabatan People and Culture AirAsia Yazid Misnan di Anugerah Pilihan Graduan 2019.

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2019 - AirAsia telah dipilih sebagai majikan terbaik dalam kategori e-dagang dan khidmat perkongsian di Anugerah Pilihan Graduan 2019 baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Bin Mohd Amin, Pemegang Amanah Talentbank YM Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail dan Pengasas Talentbank Ben Ho kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Southeast Asia (AASEA) Sandeep Devgon dan Ketua Bahagian People Solution di jabatan People and Culture AirAsia Yazid Misnan.

Ketua Pegawai Jabatan People and Culture Kumpulan AirAsia Varun Bhatia berkata, “Kami berbesar hati telah dipilih sebagai salah satu majikan terbaik Malaysia. Di AirAsia, kami bukan sahaja mencari kemahiran mahupun pengalaman, tapi kami mencari pekerja yang mampu menerapkan nilai kami dengan penuh semangat. Pada tahun lepas, kami telah mengambil seramai 4,600 kakitangan Allstars secara global.

“Kami juga berbangga kerana diiktiraf dalam kategori e-dagang selama dua tahun berturut-turut, sebuah kategori yang telah lama kami usahakan, terutamanya apabila AirAsia kini berubah menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan yang terkemuka. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan 25,000 graduan yang mengundi kami.”

Anugerah Pilihan Graduan adalah salah satu anugerah penjenamaan majikan Malaysia yang terkemuka. Ia mengenal pasti perbezaan dalam sektor swasta dan industri sumber manusia. Anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan kadar pengambilan kerja graduan Malaysia, membantu belia bagi mencapai potensi penuh mereka, dan memperkasakan pemimpin-pemimpin akan datang. 

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).