AirAsia lancar penerbangan antarabangsa pertama antara Kuala Lumpur dan Banjarmasin, sekaligus memperkukuhkan rangkaian antara Malaysia–Indonesia dengan 229 penerbangan secara mingguan

BANJARMASIN, 22 September 2025 – AirAsia hari ini mengumumkan pelancaran laluan baharu terus yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Banjarmasin, bandar terbesar di Kalimantan Selatan, Indonesia. Perkhidmatan baharu ini sekali gus memperkukuh rangkaian luas AirAsia antara Malaysia dan Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 229 penerbangan mingguan merentasi pelbagai bandar utama.

Bermula 20 Oktober 2025, laluan baharu Kuala Lumpur–Banjarmasin oleh AirAsia akan memberikan kemudahan akses kepada para pengembara ke Kalimantan Selatan, sebuah wilayah yang terkenal dengan kekayaan budaya, keindahan alam semula jadi serta potensi ekonomi yang semakin berkembang. Selaras dengan kempen Wonderful Indonesia 2025, perkhidmatan baharu ini dijangka dapat meningkatkan kesalinghubungan dan memperluaskan manfaat pelancongan ke seluruh rantau tersebut.

Dengan penambahan ini, AirAsia Malaysia akan beroperasi ke 18 destinasi di Indonesia. Dari Kuala Lumpur, syarikat penerbangan ini kini terbang ke Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Yogyakarta, Banda Aceh, Makassar, Padang, Pekanbaru, Balikpapan, Labuan Bajo, Lombok, Palembang, Semarang, dan Pontianak dengan Banjarmasin yang akan mula terbang pada 20 Oktober 2025. Selain itu, AirAsia turut menghubungkan Kuching ke Pontianak, serta Pulau Pinang ke Jakarta dan Medan, menjadikannya antara syarikat penerbangan asing yang paling meluas rangkaiannya di Indonesia.

Perkembangan terbaharu ini tiba seiring dengan sasaran Indonesia untuk menarik 16 juta kedatangan pelancong antarabangsa pada tahun 2025, dengan Malaysia secara konsisten berada dalam kalangan pasaran sumber utama. Pelancaran ini juga menyokong Rancangan Pembangunan Ekonomi Provinsi Kalimantan Selatan yang bertujuan memperkukuh perdagangan ekonomi, pelancongan, sektor import dan eksport, serta aktiviti perniagaan runcit, sekali gus mengukuhkan peranan AirAsia sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang beroperasi di Kota Seribu Sungai.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah dengan rangkaian antarabangsa terluas yang beroperasi di Indonesia, kami berbangga dapat terus mengembangkan kesalinghubungan dengan perkhidmatan baharu Kuala Lumpur–Banjarmasin ini. Susulan pelancaran laluan terbaharu kami ke Palembang, Semarang dan Pontianak, laluan ini memperluas rangkaian kami sekaligus menawarkan nilai yang lebih berbaloi, tambang mampu milik dan kemudahan kepada para tetamu. Indonesia merupakan salah satu pasaran paling strategik dan pesat berkembang bagi kami dengan 229 penerbangan smingguan, kami berbangga memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala, merangsang pertumbuhan pelancongan serta menawarkan lebih banyak peluang untuk perjalanan perniagaan dan percutian antara Malaysia dan Indonesia.”

Muhammad Syarifuddin, M.Pd, Setiausaha Daerah Wilayah Kalimantan Selatan, Pemangku Kepala Dinas Pariwisata Wilayah Kalimantan Selatan berkata: “Kami berbesar hati menyambut AirAsia sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur secara terus dengan Banjarmasin. Pada Julai 2025, Kalimantan Selatan mencatatkan 1.49 juta perjalanan pelancong domestik, peningkatan sebanyak 77 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan kadar penginapan hotel mencapai 52.17 peratus. Perkhidmatan baharu ini akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong antarabangsa, memanjangkan tempoh lawatan, serta menawarkan peluang lebih besar dalam perdagangan, pelancongan dan pelaburan selaras dengan rancangan pembangunan wilayah kami. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam merealisasikan sepenuhnya potensi Kalimantan Selatan sebagai Kota Seribu Sungai.”

Bagi meraikan pelancaran ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa dari Kuala Lumpur ke Banjarmasin bermula daripada hanya RM299 termasuk semua sehala*. Penerbangan dari Banjarmasin ke Kuala Lumpur juga ditawarkan bermula daripada IDR1,099,000 termasuk semua sehala*. Promosi ini boleh ditempah sehingga 28 September 2025, untuk tempoh perjalanan antara 20 Oktober 2025 hingga 28 Mac 2026, secara eksklusif melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Banjarmasin (BDJ):

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala dan merangkumi caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.