AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-11 di Skytrax

AirAsia juga raih anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia

Kenyataan Gambar: (Lima dari kiri di belakang) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Timbalan Ketua Pegawa…

Kenyataan Gambar: (Lima dari kiri di belakang) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam bersama-sama Kru Kabin AirAsia 

LE BOURGET, 18 Jun 2019 - AirAsia telah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-11 berturut-turut di anugerah berprestij Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.

AirAsia juga dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat berbadan lebar jarak jauh AirAsia X.

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan. Keputusan tahun ini ditentukan melalui 21.65 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 100 warganegara yang mengukur piawaian daripada 335 syarikat penerbangan dari Ogos 2018 sehingga Mei 2019.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Ini satu penghormatan untuk diiktiraf oleh Skytrax untuk tahun ke-11 berturut-turut dalam komitmen kami menawarkan perjalanan dengan tambang rendah dan perkhidmatan yang mengutamakan tetamu. Hakikat bahawa anugerah ini berdasarkan maklum balas langsung adalah pengiktirafan yang menggembirakan untuk Allstars yang telah banyak berusaha dan memberikan komitmen kepada kecemerlangan perkhidmatan untuk tetamu kami.”

AirAsia sentiasa menjadi perintis dalam industri ini, sebagai pelopor perjalanan tambang rendah di Asia Pasifik. Hari ini, AirAsia mengendalikan rangkaian lebih daripada 140 destinasi dari 25 hab di 22 pasaran dan telah menerima pelbagai anugerah untuk inovasi, perkhidmatan pelanggan, keselamatan operasi dan kecemerlangan pekerja dan tempat kerja.

Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz berkata, “Kami sekali lagi terus diiktiraf dalam menyediakan Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam penerbangan jarak jauh kami. Kecemerlangan hari ini mewakili sembilan tahun menjadi yang terbaik di dunia dalam kategori ini dan didedikasikan kepada Allstars kami yang berpegang teguh kepada budaya korporat, misi dan visi kami. Tahun ini, kami akan pergi lebih jauh dengan menawarkan keselesaan yang terbaik dalam pesawat Airbus A330neo baharu, yang akan mengubah pengalaman perjalanan jarak jauh. Digarap dengan perkhidmatan dalam penerbangan kami yang cukup dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang berbaloi kepada tetamu kami ke 30 destinasi di 10 pasaran di seluruh rangkaian jarak jauh Kumpulan AirAsia.”

Anugerah tersebut diterima hari ini di Pameran Udara Antarabangsa Paris oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri dan 11 krew kabin Allstar dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan India.

Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga Ahad, 23 Jun 2019 (2400h, GMT +8). Dengan tambang bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89* untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, inilah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya. Untuk menempah, layari airasia.com atau muat turun aplikasi mudah alih AirAsia.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Terma dan Syarat AirAsia BIG Sale