AirAsia perkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan pilihan semua antara Malaysia dan Indonesia dengan penerbangan Kuala Lumpur–Batam
SEPANG, 19 Januari 2026 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan pilihan semua antara Malaysia dan Indonesia dengan penerbangan Kuala Lumpur–Batam, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan antara sempadan dan memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara.
Laluan baharu ini menandakan pencapaian penting dengan mengembangkan rangkaian AirAsia kepada 19 laluan dan telah menerbangan hampir tiga juta penumpang antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 2025. Pertumbuhan ini membuktikan komitmen AirAsia dalam meningkatkan kesalinghubungan serta mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara ini.
Pada tahun 2025, Batam merekodkan lebih 120,000 ketibaan pelancong antarabangsa dengan pelancong dari Malaysia antara penyumbang utama yang merangkumi 23 peratus daripada jumlah keseluruhan. Dengan pengumuman laluan baharu ini, AirAsia menjangkakan jumlah pelawat dari Malaysia ke Batam akan terus meningkat, sekali gus merancakkan sektor pelancongan serta pertukaran ekonomi antara kedua-dua negara.
Laluan baharu ini juga akan menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan jumlah kehadiran 4.6 juta pelancong dari Indonesia, selain selari dengan sasaran Indonesia bagi menerima sehingga 17 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2026.
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Kami berbangga untuk memperluaskan rangkaian perhubungan kami dengan pelancaran laluan baharu Kuala Lumpur–Batam yang menawarkan lebih banyak peluang untuk perjalanan, pelancongan dan pertukaran budaya. Rakyat Malaysia dan Singapura merupakan antara pelawat utama ke Batam dan laluan ini juga akan membolehkan pelancong lain meneroka pulau ini, di samping memberi kemudahan kepada penduduk Batam untuk mengakses pelbagai destinasi dalam rangkaian luas kami melalui hab utama kami. Pelancaran baharu ini seterusnya mengukuhkan rangkaian luas kami dan membuktikan komitmen AirAsia dalam menawarkan pilihan perjalanan yang mudah diakses dan mampu milik untuk pengembara khususnya dalam sektor perniagaan serta percutian.”
Laluan baharu ini akan bermula dengan penerbangan pada setiap hari bermula 13 Mac 2026, dengan tambang promosi bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Batam bermula daripada RM199 termasuk semua sehala*, manakala dari Batam ke Kuala Lumpur bermula daripada IDR899,000 termasuk semua sehala*. Tambang istimewa kini boleh ditempah bermula hari ini sehingga 1 Februari 2026 untuk tempoh perjalanan dari 13 Mac 2026 hingga 24 Oktober 2026, secara eksklusif melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com.
Batam, sebuah pulau di wilayah Kepulauan Riau, Indonesia yang merupakan destinasi percutian popular serta pintu masuk strategik bagi pelancong dari Malaysia dan Singapura. Selain peranannya sebagai hab perindustrian, Batam menawarkan pelbagai tarikan termasuk seni bina ikonik, persisiran pantai, tapak bersejarah dan aktiviti menarik yang lain. Para pelancong dapat menikmati gabungan keindahan alam semula jadi, pengalaman budaya serta kemudahan membeli belah.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Batam (BTH):
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja serta caj perkhidmatan penumpang, caj pengawalseliaan, surcaj bahan api serta yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.