AirAsia perkukuh Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar di Malaysia dengan pelancaran laluan baharu ke Seoul
SEPANG, 5 Disember 2023 - AirAsia hari ini terus memperkukuh Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar di Malaysia dengan pelancaran laluan baharu yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Seoul (Incheon), Korea Selatan. Dengan penambahan laluan ke Seoul ini, AirAsia Malaysia (AK) akan mengendalikan 18 laluan dengan 282 penerbangan mingguan dari/ke Kota Kinabalu bermula bulan Mac 2024 dan seterusnya.
Laluan baharu ini akan mula beroperasi pada 4 Mac 2024 dengan kekerapan penerbangan harian. Ini memudahkan para pengembara untuk menerokai keunikan budaya, pemandangan indah dan keenakan juadah di kedua-dua destinasi dengan tambang bernilai hebat.
Pengumuman ini juga selari dengan peningkatan jumlah pelancong dari Korea ke Sabah. Berdasarkan data terkini, Sabah telah mengalu-alukan kira-kira 150,000 pelancong dari Korea pada tahun ini. Selain itu, pelancong dari Korea kini menjadi salah satu pelawat utama di Sabah yang menawarkan keindahan alam dan pengalaman budaya yang unik.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: "Kami berbangga untuk menjadi syarikat penerbangan Malaysia pertama yang menyambungkan laluan Kota Kinabalu secara langsung ke Seoul. Laluan ini berpotensi besar untuk menarik pelancong percutian dan perniagaan, menawarkan akses ke dua destinasi pelancongan yang luar biasa. Pelancaran laluan ini juga seiring dengan visi kami untuk menghubungkan komuniti di seluruh Asia, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan integrasi serantau.
“Dengan pengembangan ini, AirAsia terus memperkukuh Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar kami di Malaysia dengan sembilan destinasi domestik dan sembilan destinasi antarabangsa. Pengembangan ini meningkatkan status bandar ini sebagai hab penerbangan yang berkembang pesat. Pelancaran laluan ini juga dijangka memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan sektor pelancongan dan perdagangan di Kota Kinabalu dan AirAsia berazam untuk memperluaskan rangkaiannya serta menjadikan perjalanan udara lebih mudah untuk diakses oleh semua.”
Sempena pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa dari Kota Kinabalu ke Seoul ermula RM349 temasuk semua sehala*. Tambang promosi ini boleh ditempah melalui airasia Superapp dan laman web bermula hari ini hingga 24 Disember 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac dan 26 Oktober 2024.
Jadual penerbangan antara Kota Kinabalu (BKI) dan Seoul - Incheon (ICN):
*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan lain-lain. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.