AirAsia perkukuh perjalanan serantau melalui AirAsia Kallang Run

SINGAPURA, 27 September 2025 – AirAsia hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian baharu dalam penglibatan komuniti serantau dengan penganjuran julung kali AirAsia Kallang Run di Singapura yang dianjurkan oleh Kallang Alive Sport Management (KASM).

Acara yang berlangsung di Singapore Sports Hub itu telah menghimpunkan para pelari dari Singapura dan luar negara, membuktikan komitmen menyeluruh oleh AirAsia dalam membina komuniti berteraskan sukan, di samping mengukuhkan peranannya dalam menjadikan pengalaman pelancongan dan gaya hidup di seluruh Asia dengan lebih bernilai dan mudah diakses.

Larian AirAsia Kallang telah menerima penyertaan ribuan pelari dari seluruh Singapura serta negara jiran seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lain sekali gus meningkatkan sektor pelancongan sukan dapat menghubungkan komuniti sambil mengukuhkan peranan Singapura sebagai ‘hab maya’ utama di rantau ini. Dengan rangkaian tambang rendah yang luas, AirAsia terus memperkukuhkan jenama sebagai penglibatan antara sukan, perjalanan dan penerokaan budaya.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, CEO AirAsia Malaysia berkata: “Di AirAsia, kami percaya pelancongan bukan sekadar perjalanan, ianya adalah tentang menyatukan semua orang. AirAsia Kallang Run memberi penekanan kepada penglibatan komuniti, menghubungkan masyarakat merentasi sempadan melalui minat bersama seperti sukan, budaya dan pelbagai acara. Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan kami terhadap penglibatan komuniti dan kebersamaan. Kami bukan sahaja menggalakkan perjalanan serantau yang mampu milik, malah turut mewujudkan peluang bermakna untuk komuniti tempatan dan serantau berhubung serta merasai keunikan kepada setiap bandar.”

Siri AirAsia RedRun, yang telah dianjurkan di Bali dan Surabaya (Indonesia), serta bakal diadakan di Pulau Pinang (Malaysia) dan Phuket (Thailand), dirancang untuk menggalakkan penyertaan sukan ke dalam strategi lebih luas AirAsia dalam mendemokrasikan perjalanan. Dengan menyelaraskan pengalaman gaya hidup bersama rangkaian sambungan mampu milik, syarikat penerbangan ini berhasrat memperkukuh peranan Singapura sebagai hab sukan dan pelancongan, di samping memperluas peluang di seluruh rantau ini.

Bagi meraikan pencapaian AirAsia Kallang Run, AirAsia turut menawarkan tambang mampu milik bermula daripada SGD70* sehala (termasuk semua), sekaligus menawarkan peluang perjalanan untuk para tetamu terbang terus dari Singapura ke Pulau Pinang, Kuching, Langkawi, Bali, Bangkok dan banyak lagi. Bagi pengembara yang menikmati destinasi jarak sederhana hingga jauh, boleh menikmati perkhidmatan Fly-Thru melalui Kuala Lumpur atau Bangkok (Don Mueang) dengan tambang bermula daripada SGD142* termasuk semua sehala ke Almaty, Chiang Mai, Da Nang, Tashkent**, Istanbul*** dan banyak lagi. Semua penerbangan kini boleh ditempah di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE.

*Tambang termasuk adalah untuk perjalanan sehala sahaja, merangkumi caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkaitan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Penerbangan AirAsia X ke Tashkent, Uzbekistan akan bermula pada 15 Oktober 2025 dari Kuala Lumpur, Malaysia dengan kekerapan penerbangan sebanyak 3 kali seminggu.

***Penerbangan AirAsia X ke Istanbul, Turkiye akan bermula pada 14 November 2025 dari Kuala Lumpur, Malaysia dengan kekerapan penerbangan sebanyak 4 kali seminggu.