AirAsia rai 20 juta ahli BIG Loyalty

20M-KV_Press Release.jpg

SEPANG, 29 Ogos 2018 - AirAsia meraikan 20 juta ahli BIG di seluruh dunia, yang menandakan kejayaan besar buat Program Kesetiaan BIG.

Program kesetiaan tersebut kini menerima 500,000 pendaftaran setiap bulan, dan lima negara yang mempunyai jumlah ahli terbesar adalah Malaysia (3.6 juta ahli), China (2.3 juta), Thailand (2.1 juta), Indonesia (1.4 juta) dan India (1.1 juta).

Sempena meraikan kejayaan ini, AirAsia BIG Loyalty menawarkan sejumlah 20 juta Mata Ganjaran BIG untuk ahli yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018 sebagai sebahagian daripada peraduan #WeAre20MilBIG. Ahli BIG yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh ini akan berpeluang untuk memenangi 20,000 Mata Ganjaran BIG setiap minggu, 50,000 Mata Ganjaran BIG setiap bulan dan hadiah utama berupa 200,000 Mata Ganjaran BIG pada akhir bulan ketiga.

Ahli-ahli AirAsia BIG boleh mengambil bahagian dengan mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada penerbangan terpilih AirAsia, BigPay atau di lebih 160 rakan niaga di 6 pasaran utama di Asia Pasifik, atau dengan menukar mata ganjaran dari bank dan rakan kongsi kami yang lain. Para ahli juga boleh menebus penerbangan AirAsia, penginapan hotel dan aktiviti pelancongan yang menarik untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di airasiabig.com.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang ahli kami atas sokongan berterusan mereka. Kami tidak dapat melakar kejayaan ini tanpa anda. Kejayaan ini adalah sebahagian besar daripada rancangan digital kami untuk syarikat penerbangan ini, selain memberikan para ahli lebih banyak peluang untuk menggunakan Mata Ganjaran BIG mereka. Seterusnya, kami berharap untuk menjadikan Mata Ganjaran BIG ini sebagai mata wang pilihan dalam ekosistem Kumpulan AirAsia dan rangkaian rakan kongsi kami di seluruh rantau ini.”

Dilancarkan pada bulan November 2011, Program Kesetiaan AirAsia BIG membolehkan ahli-ahlinya untuk menikmati tambang penerbangan terendah di seluruh rangkaian AirAsia. Mata Ganjaran ini juga boleh digunakan untuk menebus tempat duduk menjadikannya setara dengan wang tunai untuk membayar sebahagian daripada tambang tersebut. Keistimewaan untuk para ahli juga termasuklah akses 24-jam lebih awal bagi tempahan untuk semua jualan dalam talian AirAsia dan jualan bulanan sehingga 90 peratus untuk penebusan penerbangan.

Pada tahun lepas, AirAsia BIG Loyalty telah melancarkan Program Freedom Flyer pertama di dunia yang bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan pengalaman mengumpul Mata Ganjaran BIG berdasarkan kekerapan penerbangan mereka - lebih banyak tetamu terbang dengan AirAsia, lebih cepat mereka dapat mengumpul Mata Ganjaran BIG, tanpa mengira nilai yang dibelanjakan untuk tambang.

Program Kesetiaan AirAsia BIG turut memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Penggunaan Teknologi Terbaik di Anugerah Kesetiaan 2018 untuk Program Freedom Flyer dan Anugerah Emas untuk Program Kesetiaan Terbaik (Perjalanan / Perhotelan) di Anugerah Kesetiaan dan Perhubungan 2018.

***

Mengenai AirAsia BIG Loyalty

AirAsia BIG Loyalty was established in November 2011 and is owned and operated by BIG Loyalty Sdn Bhd (formerly known as Think BIG Digital Sdn Bhd), a subsidiary of AirAsia Bhd in collaboration with Aimia Inc. As the loyalty programme for AirAsia, AirAsia BIG Loyalty enables its members to enjoy the lowest flight fares across AirAsia’s extensive network. More than 18 million AirAsia BIG Loyalty Members can earn AirAsia BIG Points on AirAsia flights to over 130 destinations across Asia, Australia and New Zealand and the Middle East, participating hotels as well as retail, e-commerce, travel and lifestyle partners within the region. The loyalty programme makes all seats redeemable by utilising AirAsia BIG Points. Other member-exclusive privileges include 24-hour priority booking for selected AirAsia sales.

AirAsia BIG Loyalty was named the Loyalty Programme of the Year in 2016, and won gold for Best Regional Loyalty Marketing Campaign, Best Use of Direct Marketing, and Best Use of Social at The Loyalty & Engagement Awards 2016. In 2018, it received the Best Use of Technology Award at the 10th Annual Loyalty Conference and Awards. It also took home a gold for Best Loyalty Programme - Travel/Hospitality at Loyalty & Engagement Awards 2018.

The AirAsia BIG Loyalty app is available for download from the Apple App Store and Google Play Store. For more information on the mobile app plus other updates, log on to airasiabig.com or follow AirAsia BIG on FacebookTwitter and Instagram.

(Dikemaskini pada 6.45pm, 29 Ogos 2018: Pembetulan nama entiti bagi operasi AirAsia BIG Loyalty.)