AirAsia raih Anugerah Future Travel Experience (FTE) APAC (Airline Pioneer Award) menerusi inovasi kepada pengalaman para tetamu
SINGAPURA, 13 November 2025 – AirAsia raih anugerah Future Travel Experience (FTE) APAC Airline Pioneer Award 2025 di Singapura, sebagai pengiktirafan bagi pengoperasian syarikat penerbangan itu dalam mentransformasikan keseluruhan pengalaman perjalanan melalui inovasi digital, kecemerlangan operasi dan usaha bersama para Allstars.
Anugerah ini membuktikan semangat perintis AirAsia sebagai syarikat penerbangan yang merevolusikan perjalanan udara tambang rendah di Asia melalui pendekatan inovatif dalam meningkatkan pengalaman para tetamu. Selain menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia melalui penerbangan, kini para tetamu boleh mengurus setiap aspek perjalanan mereka dengan mudah melalui aplikasi AirAsia MOVE daripada tempahan penerbangan, tempat duduk, hinggalah pengemaskinian maklumat penerbangan, akses bagi Auto Visa Check (AVC) untuk pengesahan visa automatik, Open Baggage Belt untuk penandaan dan penyerahan bagasi kendiri, serta Self Move Flight (SRO) bagi penukaran penerbangan yang terkesan.
Kesavan Sivanandam, Ketua Pegawai Transformasi dan Ketua Pegawai Lapangan Terbang & Pengalaman Pelanggan AirAsia berkata: “Dengan melayani hampir 200,000 tetamu setiap hari ke lebih daripada 130 destinasi, fokus kami adalah sentiasa untuk menjadikan perjalanan mudah, efisien dan dapat diakses oleh semua. Setiap proses yang melibatkan kaunter kini telah berkembang menjadi ekosistem digital yang dinaik taraf oleh teknologi, di mana kecerdasan buatan kini sebahagian daripada gerak kerja dalam meningkatkan kecekapan, komunikasi dan maklum balas.
“Seiring dengan perkembangan kami di peringkat global, kami kini sedang mentakrif semula pengalaman perjalanan melalui reka bentuk yang lebih pintar dan sistem bersepadu yang memudahkan perjalanan para tetamu dengan mengubah cara pasukan kami bekerja di sebalik tabir. Dengan inovasi seperti ‘Red App’ iaitu sistem kawalan perlepasan baharu kami, di mana Allstars kini bekerja dengan lebih pantas dan lancar, di antara kami mahupun dengan pihak berkepentingan luar, demi meningkatkan lagi pengalaman para tetamu.”
Ryan Ghee, Ketua Pegawai Operasi Future Travel Experience, berkata: “AirAsia terus memainkan peranan utama dalam memacu inovasi dalam industri penerbangan. Daripada inisiatif transformasi digital di seluruh organisasi hingga penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dan inovasi terkini bagi syarikat penerbangan ini. Dengan itu, AirAsia merupakan penerima yang tepat bagi Anugerah FTE APAC Airline Pioneer 2025.”
Anugerah Future Travel Experience (FTE) mengiktiraf inovasi dan kepimpinan cemerlang dalam mentakrif semula pengalaman perjalanan udara. Pengiktirafan berprestij ini meraikan organisasi dan individu yang memacu transformasi bermakna dalam industri penerbangan melalui teknologi, pengalaman pelanggan dan kelestarian, disamping menetapkan penanda aras baharu untuk masa depan perjalanan.
Dengan hampir satu bilion para tetamu telah diterbangkan, AirAsia kekal menumpukan usaha untuk memperluas aksesibiliti, meningkatkan keterhubungan dan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar dan para tetamu sentiasa menjadi fokus utama bagi setiap perjalanan.