AirAsia terus memperkukuh Kuala Lumpur sebagai hab mega tambang rendah No. 1 dunia, menghubungkan Malaysia dan Asean dengan lebih meluas ke peringkat global

Kuala Lumpur menduduki tempat ke-4 sebagai lapangan terbang dengan rangkaian penerbangan paling meluas di dunia dan No. 1 di Asia Pasifik menurut OAG, didorong oleh rangkaian penerbangan AirAsia yang meluas


KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – AirAsia terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan global menerusi rangkaian penerbangannya yang meluas, yang membolehkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) mengekalkan kedudukannya sebagai hab mega penerbangan antarabangsa keempat paling berhubung di dunia, selain menduduki tempat No. 1 dunia dalam Indeks Hab Mega Tambang Rendah OAG 2026.

Kuala Lumpur turut mengekalkan kedudukan teratas sebagai hab mega dengan rangkaian penerbangan paling meluas di Asia Pasifik, dengan kesalinghubungan yang luas menerusi AirAsia dan syarikat penerbangan lain yang menghubungkan para penumpang ke 154 destinasi serta menawarkan hampir 15,000 pilihan penerbangan tambang rendah, menurut laporan Megahubs terbaharu OAG.

Laporan tersebut turut menamakan AirAsia sebagai syarikat penerbangan terkemuka di KUL, dengan menyumbang 34 peratus daripada keseluruhan penerbangan di lapangan terbang berkenaan¹. Rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, disokong oleh kekerapan penerbangan yang tinggi, memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesalinghubungan dari Kuala Lumpur, menghubungkan ibu negara Malaysia dengan pelbagai destinasi di Asean, Asia, Australia dan seterusnya. Pengiktirafan ini membuktikan peranan penting AirAsia dalam memperluas akses perjalanan dari Kuala Lumpur, sekali gus mengukuhkan kedudukan ibu negara sebagai pintu masuk utama bagi perjalanan serantau.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, berkata: “Pencapaian berterusan Kuala Lumpur sebagai antara hab penerbangan paling berhubung di dunia membuktikan kekukuhan rangkaian AirAsia yang telah dibina dari Malaysia selama ini. Ia juga mencerminkan kerjasama erat kami bersama MAHB dalam menyokong dan memperkukuh ekosistem penerbangan negara. Dalam menghadapi cabaran semasa yang melanda industri penerbangan, AirAsia sebagai syarikat penerbangan terkemuka di KUL kekal komited untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau dan menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses oleh jutaan penumpang. Rangkaian kami yang meluas akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan di Malaysia dan Asean, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Lebih daripada sekadar pelancongan, kesalinghubungan ini turut membuka lebih banyak peluang untuk perdagangan, perniagaan dan mobiliti serantau, sekali gus menyumbang kepada sektor ekonomi yang lebih luas serta mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama ke Asean dan seterusnya.”

Dengan rangkaian penerbangannya yang terus berkembang, AirAsia kekal fokus untuk memperkukuh kesalinghubungan antara Asean dan pasaran-pasaran utama di seluruh dunia, di samping membuka lebih banyak peluang untuk perjalanan udara mampu milik serta terus memperkukuh peranannya sebagai penghubung serantau utama.


¹Sumber: Laporan Megahubs OAG 2026, Official Airline Guide (OAG), 2026.