Festival AirAsia Hausboom 2025 yang ditaja oleh Hotlink kembali dengan “Paint the Town Red,” menampilkan 32 artis tempatan & antarabangsa bersama festival fesyen dan makanan terbesar di Malaysia
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 – Menjayakan sesuatu secara konsisten dan berterusan bukanlah perkara mudah. Namun, bagi HAUSBOOM, mereka sekali lagi membuktikan keupayaan apabila mengumumkan penganjuran “AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink” – acara muzik dan gaya hidup tahunan terbesar yang kini kembali dengan konsep baharu, “Paint the Town Red”.
Pada 11 & 12 Oktober ini, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bakal kembali di MAEPS Serdang — lebih berani, lebih lantang, dan lebih meletup berkonsepkan “Paint the Town Red”. Warna merah melambangkan tenaga, keberanian, dan semangat — gabungan sempurna Hausboom, AirAsia dan Hotlink.
Kolaborasi epik bersama AirAsia menjadikan festival ini lebih daripada sekadar festival muzik. Tahun ini, AirAsia tampil sebagai rakan kolaborasi utama, membawa pengalaman menyeluruh yang menggabungkan hiburan, gaya hidup, dan pelbagai kejutan eksklusif. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Hausboom telah melancarkan Kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win, memperkenalkan label khas edisi terhad pada semua 9 perisa minuman dengan QR Code unik dan boleh didapati di rangkaian kedai terkemuka seperti 7- Eleven, Kedai Mesra Petronas, Shell Select, Pasaraya AEON BiG dan semua outlet-outlet terkemuka di seluruh Malaysia.
Setiap imbasan memberi peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk 10 Tiket Penerbangan Percuma Tanpa Had Selama Setahun (AirAsia Unlimited Free Flights), tiket penerbangan pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE, AirAsia RIDE & Ikhlas.com, hadiah tunai sehingga RM50,000, dan tiket percuma ke AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink. Kempen ini bermula sejak Mei 2025 dan akan berterusan sehingga Disember 2025, dengan lebih ribuan pemenang setakat ini.
Azri Zahier Azmi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, berkata “Festival pada tahun ini juga merupakan tahun kedua Hotlink bekerjasama dengan Hausboom sebagai rakan kolaborasi rasmi. Hotlink memperjuangkan lebih nilai untuk pengguna bijak berbajet, membolehkan mereka menikmati lebih apa yang mereka sukai. Melalui kolaborasi ini, kami ingin memberikan lebih banyak nilai dan ganjaran kepada semua peminat festival."
Selaras dengan itu, Hausboom dan Hotlink akan melancarkan empat tin Hausboom edisi terhad yang boleh didapati di kedai-kedai seluruh negara, untuk memberikan nilai tambah untuk pengguna Hotlink. Dengan mengimbas kod QR pada tin-tin ini, pengguna boleh sertai Hotlink dan mengakses ganjaran Menang Ahad, di mana mereka pasti akan menang hadiah setiap hari Ahad. Jumlah hadiah termasuk 1000 tiket percuma ke festival tersebut, telefon pintar, tambah nilai prabayar, internet percuma dan baucar makanan & minuman. Sepanjang festival, booth Hotlink juga akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, cabutan hadiah dan banyak lagi untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna bijak berbajet.
Tahun ini, Hausboom turut bergabung tenaga dengan Perodua untuk memberikan pengalaman festival yang lebih luar biasa. Setiap pemegang tiket AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa serba baharu melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diumumkan secara langsung di pentas utama sepanjang festival. Inilah pertama kali hadiah sebesar ini ditawarkan, menjadikan festival bukan sahaja pengalaman muzik yang menyeronokkan tetapi juga peluang untuk pulang dengan kereta baharu!
Menurut Azri Zahier Azmi lagi, “Buat julung kali, Hausboom bakal bekerjasama dengan Pin Yang, pemilik platform saluran makanan terkenal KL Foodie yang sangat dikenali di TikTok dan Instagram, bagi membawakan Hausboom KL Foodie Fest — sebuah festival yang menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik, daripada juadah jalanan yang menarik, hidangan popular, hingga sajian istimewa yang sukar ditemui. Masuk adalah percuma, festival dibuka dari 10 pagi hingga 12 malam, dan boleh dimasuki oleh semua peringkat umur tanpa sekatan.”
Festival pada tahun ini turut menampilkan 7-Eleven sebagai rakan rasmi kedai serbaneka, menyediakan kemudahan tambahan untuk para pengunjung mendapatkan makanan grab-and-go, kopi segar, soft serve, dan Slurpee terkenal mereka. Kehadiran 7-Eleven memberikan pengalaman lebih mudah dan lengkap, menjadikan AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink 2025 satu destinasi hiburan yang menyeluruh bagi semua pengunjung.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, berkata: “Muzik sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA AirAsia dengan akar umbi kami yang erat dengan industri ini melalui pengasas serta pelbagai kerjasama yang telah kami bina sepanjang tahun. Pada tahun 2025 sahaja, kami telah bekerjasama dengan lebih daripada 10 festival muzik di rantau seperti China, Filipina, Australia dan banyak lagi. Kami amat teruja untuk membawa momentum menerusi AirAsia Hausboom Festival 2025. Festival ini bukan sekadar mengenai muzik, ia turut menghimpunkan gaya hidup, makanan dan fesyen, serta menampilkan artis tempatan dan serantau, sekali gus menarik peminat muzik dari seluruh ASEAN. Di AirAsia, kami percaya muzik mampu menghubungkan semua orang sama seperti perjalanan dan kerjasama dengan Hausboom ini adalah padanan yang tepat ketika kami terus memperjuangkan bakat tempatan dan meraikan kreativiti tanah air.
Selain muzik, Hausboom Lokal Fest 2025 bakal menjadi tarikan kepada semua pengunjung. Ia menampilkan lebih 80 jenama “streetwear & lifestyle” termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity, serta koleksi thrift (barangan terpakai / koleksi terpilih) eksklusif yang terpilih hasil kerjasama dengan rakan rasmi Lokal Fest, SOVO. Festival ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang seronok, kreatif, dan relevan untuk semua pengunjung.
Barisan penghibur utama yang bakal menggegarkan pentas festival tidak kurang hebatnya, termasuk legenda muzik tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Def-Gab-C, Slam, serta nama besar lain seperti Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik, dan Gerhana Skacinta.
Pengunjung juga bakal dihiburkan oleh artis-artis popular dan bakat segar tempatan seperti Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo, Slatan, Johny Comes Lately, Margastawa, Empty Page, DJ Fuzz, dan ramai lagi — menjanjikan persembahan penuh tenaga dan vibe yang tidak dapat dilupakan. Hausboom juga memanggil beberapa artis dari Republik Indonesia untuk para peminat muzik serantau seperti Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah, dan Ghea Indrawari. Turut memeriahkan festival adalah barisan bakat baharu tempatan seperti Lucidrari, LOKO, FUGO, TT.13, Spooky Wet Dreams, dan The Rudean, menambah kelainan dan kepelbagaian pengalaman hiburan kepada pengunjung.
Harga Tiket Bermula RM119
Tiket telah mula dijual dengan harga:
• RM119 (General Admission)
• RM299 (Rockzone)
• RM1,200 (VVIP)
Pas VVIP menawarkan pengalaman eksklusif termasuk “premium view deck”, hidangan & minuman percuma tanpa had, tandas peribadi dan laluan ekspres.
Pembelian tiket boleh dibuat di:
https://sayalive.io/hausboomfestival2025
ACARA: AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink
LOKASI: MAEPS, Serdang. (Malaysia Agro Exposition Park Serdang)
TARIKH: 11 & 12 Oktober 2025
RAKAN KOLABORASI: Rakan Rasmi AirAsia, Rakan Telco Rasmi Hotlink, Rakan Kedai Serbaneka Rasmi 7-Eleven, Rakan Penjagaan Peribadi Rasmi Kahf, Rakan Automotif Rasmi Perodua, Rakan Media Digital Rasmi Astro Gempak, Rakan Bersama Penganjur Pesta Makanan KL Foodie, Rakan Pakaian Rasmi SVG, Rakan Pakaian Terpakai (Thrift) Rasmi SOVO, Rakan Keselamatan Rasmi Gladius, Rakan Logistik Rasmi Sani United Berhad.
BARISAN ARTIS:
Dato’ M. Nasir
Dato’ Jamal Abdillah
Ella
Noh Salleh & Restoe Iboe Band
Bunkface
Samsons
Dolla
K-Clique
Spider
Slam
Def-Gab-C
6ixth Sense
Insomniacks
Kunto Aji
Bernadya
Feby Putri
Nadhif Basalamah
Ghea Indrawar
Salammusik
Gerhana Skacinta
Lucidrari
No Good
LOKO
Benzooloo
Johny Comes Lately
Margasatwa
Empty Page
Slatan
FUGO
TT.13
Spooky Wet Dreams
The Rudean
DJ Fuzz
SENARAI LOKAL BRAND DI HAUSBOOM LOKAL FEST 2025:
SVG
MAKERZ
THE CAP CITY
DOTTED
EGLAF
SOVO
UNCOMMON
FORTWENTYKINGS
KYREX
SUSANO
XOCKS
PAINLESS
HYGR
SUGARBOMB
SSST - SUPER SENTIMENTAL SECRET THEORY (INDONESIA BRAND)
MATERNAL (INDONESIA BRAND)
RADIKAL WORK
KRTKL
SOCIETY
DC CLOTHING
TNTCO
ELEANOR
ACHGARMENTS
NEXGEN WORLDWIDE
BOXLAB
EXECRATIONMY
MUTU CASE
PEARL UV
MEDIUM
GALS
KEDAI SEPATU
KIAIRRI
SZINDORE
TMX FACTORY
SPEED CULTURED
NUASAMODA
BLUNT NEIGHBOURHOOD SUPPLY (SINGAPORE BRAND)
KIBAN
KOMMAS
CHOCTOP
SINEMA CULT
S.LESTA DENIM X GAANG
DHP
CLOWNCHECK
PSYCO
FRAGLABMY
MIMPI AWAN
BRAWLERS
TEDD GROOMING COMPANY
TOBAT LAHUM
AMIN CAP
FTA
YIFUKU
MIKAZUKI CLOTHING
VKE SCENT
BOISWORLD
OG
SORE WORLDWIDE
REICH KL
SICKO MY
MEBREFURB
CALER CLUB
WHOCARES
TULUS FRAGRANCE
LUWIES
AISHA WONG
TROUBLEMAKERS STUDIO SUPPLY CO.
THEKEEKS WORLDWIDE
THE SERY
FACEBAE
THE PERFUME FACTORY
UMA BAHARI
NABIA PARFUM
ART OF SPEED
PERODUA
OFFICIAL THRIFT PARTNER: SOVO