IKHLAS lancar perkhidmatan Umrah, tawar platform tempahan Umrah yang lebih mudah diakses oleh komuniti Muslim di Malaysia
IKHLAS ingin mentransformasikan pengalaman Umrah melalui pendigitalan
Dapatkan airasia poin melalui tempahan pakej Umrah
KUALA LUMPUR, 25 Jun 2022 - IKHLAS, cabang perniagaan mesra Muslim di bawah RedBeat Capital, dengan kerjasama Ikhlas Com Travel dan Umrah Sdn. Bhd mengumumkan pelancaran perkhidmatan baharu iaitu Umrah, yang menawarkan kemudahan tempahan dalam talian.
Selain itu, platform ini juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk semakan status tempahan dan membolehkan para pengguna untuk menyemak lokasi menarik dan topik di destinasi mereka.
Presiden (Ventures) Capital A, Aireen Omar berkata, “Kami berbesar hati untuk melancarkan perkhidmatan Umrah yang menawarkan kemudahan kepada komuniti Muslim, di mana mereka boleh menikmati pengalaman tersebut secara terus melalui ekosistem kami. Kami telah melihat peningkatan permintaan yang kukuh dan pertumbuhan dalam sektor Umrah terutamanya selepas pelonggaran sekatan perjalanan pada bulan April. Justeru, kami percaya pendigitalan pengalaman Umrah merupakan satu langkah yang baik memandangkan dunia telah berkembang secara digital dengan pesat sepanjang dua tahun ini dan ianya akan memberikan lebih kemudahan dan ketelusan dalam melaksanakan ibadah.
Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata: “Kami berbesar hati untuk melancarkan rangkaian produk Umrah di laman web dan aplikasi kami yang mudah diakses oleh mereka yang ingin menempah perkhidmatan Umrah. Kami juga menawarkan perkhidmatan pembayaran secara ansuran kepada para jemaah untuk membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih bijak dan sistematik. Selain itu, kami menawarkan khidmat nasihat secara peribadi kepada para pengguna dan mengutamakan perkhidmatan kepada para jemaah dari segi kebajikan, ibadah, program kerohanian, serta memastikan perjalanan Umrah mereka berjalan dengan lancar.
“Sebagai sebuah syarikat di bawah Capital A, kami memanfaatkan ekosistem dan rangkaian airasia untuk menawarkan para pelanggan kami membuat pembayaran, serta pada masa yang sama, mengumpul airasia poin melalui pakej Umrah mereka.”
Rangkaian pakej Umrah IKHLAS bukan sahaja menawarkan keperluan asas seperti tiket penerbangan, hotel, perkhidmatan pengangkutan darat, ziarah ke tempat-tempat suci serta beberapa faedah tambahan, malah ia juga menawarkan manfaat lain seperti kad perubatan, insurans, dan airasia poin yang boleh digunakan di seluruh ekosistem airasia, termasuk pakej Umrah bersama IKHLAS pada masa akan datang.
Perkhidmatan baharu ini turut menawarkan kursus Umrah dalam talian dan bersemuka dengan pendekatan kerohanian sepenuhnya untuk menyokong dan melatih para jemaah untuk beribadah di Tanah Suci. Barisan penceramahnya terdiri daripada Mutawwif berpengalaman dan guru agama yang bertauliah.
Terdapat empat jenis pakej Umrah yang akan ditawarkan kepada bakal jemaah:
“Kami juga telah memilih hotel terbaik serta bersesuaian mengikut bajet para pelanggan bagi setiap pakej yang ditawarkan, selain memastikan ianya keselesaan dan berpatutan. Para Mutawwif kami pula dilatih dengan sebaiknya, sentiasa bertenaga dan bersemangat dalam membantu para jemaah dalam melakukan ibadah mereka dan memberi bimbingan dalam kisah serta perjalanan baginda Nabi Muhammad S.A.W.”
“Kami menggalakkan anda untuk terus meneroka pakej kami di ikhlas.com/umrah atau aplikasi IKHLAS yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apple App store, untuk memilih pakej yang bersesuaian dan pakar Umrah kami akan menghubungi anda. Selepas pembayaran deposit dibuat, anda boleh menyemak status tempahan dan menyelesaikan bayaran sebelum tarikh perlepasan,” tambah Ikhlas.
*** TAMAT ***