Kenyataan AirAsia

SEPANG, 19 Januari 2019 - AirAsia menyedari kandungan di media sosial yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes telah melancarkan sebuah platform teknologi kewangan baharu yang dikenali sebagai Crypto Revolt.

Kami ingin menasihatkan kepada semua untuk mengabaikan kandungan palsu tersebut, dan merujuk kepada saluran media sosial rasmi AirAsia untuk sebarang berita terkini mengenai syarikat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Malaysia, News, EnglishM ASepang